Bila engko nak beli rumah atau keta, ko tak nak terlibat ngan riba', diaorg kate guna Islamic banking!x de riba'! Betul ke? OOO betul laa... tak de riba'.....sebab bank beli dulu rumah tu kemdian jual pada kite. Dikatekan pada aku bahawa bank akan jual secara harga tetap tanpa ader interest tahunan.Contohnyer.. harga rumah 180,000-bank beli dari pemaju(mcm yg tertulis dalam flyers pemaju) ,kemdian bank jual pada kite , contohnyer dengan harga 400,000/-.Maka bank akan untung 220,000/-.Kita cume tau, bayar hutang pada bank 400,000.Takyah risau pasal interest.Akad jualbeli adalah sah. X de riba'!Aku sendiri pon setujuuuu sesgt!!Itula.. yang diaorg jelaskan pada aku tentang Islamic Banking punyer sistem.Atau aku yang salah dengar?? Kalo ader org bank yang baca ,bole bagi tau tak betul ker salah?? Sebab aku pon tak nak salah sangka!! TAPI..
Kalo seperti diatasla sistem tu berjalan, ermmm sahlaaa.. seme org Islam dah kene temberang!!!
Sebab, setahu aku, akta perbankan negara menyatakan bahawa bank adalah institusi yang tidak boleh memiliki aset!! Kalo dah bank tak boleh memiliki aset (menurut akta perbankan),dah tu, mcm mana plak diaorg kate bank beli dulu rumah tu kemdian jual pada kite???
Kalo ikut akta tu tadi, mana boleh bank beli rumah tu? Salah dari segi akta perbankan!!
Lagi satu, kalo betul kita beli rumah tu dari bank, sepatutnya deposit kita akan bayar pada bank! Ini tidak! Deposit kita bayar pada pemaju!! Bermakna kita sebenarnya beli rumah tu dari pemaju! Bukan beli dari bank!! SEBAB BANK TAK BOLEH MEMILIKI ASETTT!! DAN SEBENARNYA BANK TAK BELI PON RUMAH TUUU!!! Menurut hukum Islam, bila nak berniaga kita mesti ader barang yang kita miliki.
Bila dah bank sebenarnya tak beli pon rumah tuuu... (sebab akta), kemdian deposit lak kita bayar pada pemaju..., bukan bayar pada bankk, maka terang-terang AKAD JUAL BELI TAK SAH MENURUT HUKUM SYARAK!! Sebab bank jual rumah pada kita sedangkan sebenarnya dia(bank) tak memiliki pon rumah tu!
MEMANG SANGAT BIADAP SISTEM KAPITALIS NII!!!!SANGATTTT BIADAP!
ULAMAK-ULAMAK HEBAT TU TERKELIRU ATAU SENGAJA BUAT TAK NAMPAK? MALAH ADER ULAMAK BESAR BERANI KATA RIBA SKIT-SKIT ..BOLEH!!
MEMANG BETUL LAA HADIS NABI BERPESAN PADA KITA, "DIAKHIR ZAMAN KALIAN AKAN LIHAT ULAMAK-ULAMAK YANG AKAN MEMBAWA KALIAN MASUK NERAKA".
WAALLAHU'ALAM
18 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sahabatku Sekampung
BalasPadamAna respek tuan , sbb cara ana menulis artikel memang amat kritis & tajam hentamannya. Maka mari kita berlapang dada dalam membincangkan isu ini.Tiada siapa salah dan kebenaran itu hanya pada Allah sahaja-kita sebagai hamba dituntut menuntut ilmu agar mengenali rupa kaedah kebenaran yg dicari.Segala hujah dan isu yg dibahaskan adalah lebih afdal disokong dengan fakta2, data2 ataupun sumber rujukan agar sebarang perbahasan dapat dinilai isi perbahasan serta pembahasnya sekali agar dapat mengelak dari memberi maklumat yg khilaf atau silap yg akan membuat mereka yg kurang berilmu lebih jauh terjebak.Insyaallah.
Perkara pertama.Akta Perbankan Negara-Bank tidak dibenar memiliki asset. Klausa ini terlalu agak am atau "general statement" dan boleh mengelirukan, jika tuan dapat sertakan rujukan kepada seksyen & subsekyen serta penjelasannya mungkin membantu isu yg tuan nyatakan. Dimalaysia juga terdapat 2 akta perbankan iaitu Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA)1989 & Akta Perbankan Islam 1983. Jadi yg mana satu tuan rujukkan perkara ini.Walaubagaimanapun; akta bank islam masih tertakluk dibawah BAFIA. Ini ramai yg mempersetujui bahawa seharusnya akta ini tidak boleh diletakkan dibawah akta konvensional; walau pun begitu kita akui sistem perbankan islam adalah seperti bayi yg baru lahir, maka merangkak itu haruslah padanya sebelum bayi itu boleh bangun bertatih berjalan kemudian berlari.Oleh yg demikian kita harus bersyukur akan langkah2 yg diambil dalam menyediakan prasarana perbankan kepada umat islam sambil berdoa agar system ini akan berdiri tegak atas DeenNya sendiri setanding konvensional melalui penambah baikan dalam perjalanannya. Sesuai dengan matlamat mencari yg halal itu adalah satu kewajipan. Nah sekarang terhidang didepan mata kita segala macam produk perbankan islam untuk kita pilih bersesuaian dengan keperluan.Segala produk perbankan islam melalui satu tapisan ketat di lembaga2 penasihat syariah bank pusat dan juga bank itu sendiri,Lembaga2 penasihat ini terdiri daripada para Mufti dan ulama2 berkebolehan dalam bidang masing2 dgn kelayakan yg diperakui. Maka para ahli lembaga syariah inilah yg memikul tanggungjawab dunia akhirat dalam menentukan halal atau tidak, sah atau tidak, bebas riba atau tidak demi kemashalatan ummah. Maka kita ini yg terdiri daripada orang2 yg kurang berilmu atas had2 kapasiti seorang manusia maka kita dianjurkan merujuk kepada mereka kerana ilmunya. Ana berpendapat bahawa bukan mudah untuk seseorang itu memikul dosa beban tanggungan berjuta rakyat muslim di Malaysia dengan kesilapan mengikrarkan sesuatu produk itu mematuhi piawaian syariah sepenuhnya. Sekiranya berlaku nescaya akan ada berlaku penentangan kerana islam telah menjanjikan yg hak tetap hak yg batil tetap batil.Insyaallah.Itu keterangan ana yg pertama. Bersambung….insyaallah..kita akan bincangkan atas perkara SISTEM pula ..hari dah malam sangat nih..esok keja.. ngantuk arrr …salam