( Kepada yg mahu memperhatikan )
HDMI (2 meter) 6 foot cable HQ 1080P 1.3b
( Kepada yg mahu memperhatikan )
Sepanjang kehidupan anak Adam a.s, proses perubahan dalam kehidupan manusia sentiasa berterusan berlaku secara fitrah disebabkan oleh potensi akal yang Allah swt berikan pada manusia. Dengan kata lain, kita sebut saja sains dan teknologi. Jika diperhatikan betul-betul pasti siapa juga akan bersetuju bahawa Allah swt tidak pernah menyentuh walau satu ayat pun berkaitan dengan sains dan teknologi didalam Al-Quran. Sesiapa sahaja tak kira sama ada orang Islam atau kafir mampu menemukan sesuatu yang baru dalam memanfaat serta memajukan apa jua benda yang dijadikan Allah swt dimuka bumi dan sekelilingnya dengan usaha yang bersungguh-sungguh seperti Albert Einstein (teori nuclei atom),Thomas Edison (mentol) dan sebagainya. Kita lupakan dahulu tentang akal manusia ini sebab mengupas tentang potensi akal manusia ini memerlukan perbahasan yang panjang lebar. Maka kami akan memperincikannya dalam penulisan yang akan datang. InsyaAllah. Apa yang hendak dijelaskan disini bahawa dengan potensi akal, evolusi kehidupan manusia sentiasa berlaku perubahan dari semasa kesemasa. Ditambah lagi kehidupan harian manusia itu sentiasa saling memerlukan antara satu sama lain.
Manusia sesama manusia akan sentiasa berurusan sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang rumit untuk diselesaikan. Kita sedia maklum dengan istilah ‘hukum rimba’. Siapa kuat dia yang menang dan menguasai yang lemah. Dengan kehebatan akal yang Allah swt kurniakan pada manusia jugalah maka golongan-golongan cerdik pandai mula memikirkan tentang perlunya aturan-aturan dalam kehidupan manusia. Mereka melihat bahawa sesungguhnya masalah-masalah yang timbul, boleh dikategorikan kepada 3 masalah. Yang pertama, masalah berkaitan dengan ALAM, yang kedua masalah berkaitan dengan KEHIDUPAN, dan yang ketiga adalah masalah berkaitan dengan MANUSIA itu sendiri. Lalu golongan-golongan cerdik pandai ini memikirkan secara MENYELURUH tentang Alam, Kehidupan dan Manusia.
Apabila manusia berfikir secara menyeluruh untuk menyusun peraturan-peraturan tentang Alam, Manusia dan Kehidupan, maka lahirlah apa yang disebut ‘IDEOLOGI’. YA! Peraturan-peraturan inilah yang disebut ideologi. Mengapa peraturan-peraturan itu perlu??? Peraturan–peraturan itu perlu kerana masalah-masalah berkaitan Alam, Kehidupan dan Manusia mesti diselaraskan agar semua orang tidak lagi mengikut sesuka hati untuk melakukan apa saja. Kehidupan manusia/masyarakat akan lebih teratur dengan berpandukan peraturan-peraturan yang disepakati itu. Mereka akan sepakat berpegang dengannya sebagai ‘standard’ untuk diamalkan dalam kehidupan mereka. Lalu, APAKAH DIA PERATURAN-PERATURAN ITU? Kami jelaskan disini bahawa peraturan-peraturan itu adalah “SISTEM”. “Peraturan”………….”Sistem”…… Dua perkataan ini maksudnya adalah sama.
( Selepas ini kami akan gunakan perkataan “Sistem” yang merujuk kepada “Peraturan” ).
Setelah golongan bijak pandai berfikir secara menyeluruh masalah-masalah Alam, Manusia dan Kehidupan, maka secara jelas dan pasti masalah-masalah itu dapat diasingkan kepada 5 perkara utama. 5 perkara utama itu adalah masalah PENTADBIRAN (PEMERINTAHAN), masalah EKONOMI, masalah SOSIAL, masalah PENDIDIKAN dan masalah PENGADILAN (MAHKAMAH). Masalah-masalah inilah yang mesti diselaraskan aturannya untuk dilaksanakan bagi kebaikan semua manusia dalam ertikata kehidupan bermasyarakat. Lalu dibentuklah SISTEM PEMERINTAHAN(PENTADBIRAN), SISTEM EKONOMI, SISTEM SOSIAL, SISTEM PENDIDIKAN DAN SISTEM PENGADILAN (MAHKAMAH). Semua sistem ini adalah cabang-cabang penting bagi sesebuah ideologi. Kami jelaskan dengan menyusunnya seperti dibawah :-
IDEOLOGI
SISTEM PEMERINTAHAN
SISTEM EKONOMI
SISTEM PERUNDANGAN ( MAHKAMAH )
SISTEM SOSIAL
SISTEM PENDIDIKAN
Inilah huraian awal sebelum kami membawa anda lebih jauh untuk memahami betapa KUFURNYA sistem yang tidak pernah anda sedari telah mengelirukan semua umat Islam selama ini termasuklah ulamak-ulamak yang mahu mendaulatkan Islam. Sayangnya mereka juga terkeliru. Maka inilah tujuannya untuk menyedarkan seluruh umat Islam hakikat kekeliruan ini yang telah lama terpahat kukuh sejak beberapa generasi silih berganti. Semoga anda akan mengikuti siri penjelasan ini nanti sekiranya kebenaran yang anda cari. Kami hanya mampu menyampaikan, hanya Allah swt saja yang sama ada mahu memberi petunjuk atau tidak. Amalkanlah memohon petunjukNYA dan memohon ampun dariNYA. InsyaAllah. Pasti mendapat petunjuk sesiapa yang dikehendakiNYA. Semoga bertemu pada sambungan..
RENUNGAN - Mempraktikkan kehidupan dengan berakhlak baik belum menjaminkan anda layak masuk surga. Islam mengajar umatnya dengan memahami agama itu dengan jelas,puas dan pasti, bukan dengan agakkan akal, atau dengan ambil jalan mudah bersangka baik menuruti membuta-tuli hanya kerana istilah ‘org awam’ dan istilah ‘mereka yg diakui’. Tahukah anda bahawa rendah atau tingginya taraf ilmu seseorang hamba itu disisi Allah jualah yang pasti??
-DEMI DAKWAH MEREALISASIKAN PEMERINTAHAN YANG MENURUTI MINHAJ KENABIAN, PERJALANAN AWAL PERJUANGANNYA JUGA MESTILAH MENURUTI MINHAJ KENABIAN-
Assalamualaikum ya sahabat..
BalasPadamAlhamdullilah penulisan tuan ade sedikit perubahan, susunan gaya dan lenggok bahasa nampak baik. Insyaallah inilah penulisan dakwah yg perlu kita tingkatkan, jadi tiada pengunjung yg mencari ilmu takut atau tercengang bila baca komen atau tulisan tuan.
Penulisan kita membawa mesej Islam tuan jadi kita tonjolkan keindahan Islam melalui penulisan, insyaallah bahagiannya ada tuan.
Ana menunggu sambungan tulisan tuan yg berikutnya, insyaallah sama2 kita memperoleh ilmu melalui diskusi.Sebarang komen akan ana tuliskan disini.
Salam