21 April 2010

DEMOKRASI SISTEM KUFUR - sambungan

Secara semulajadinya manusia memerlukan ideologi untuk menjalani kehidupan sebagai satu standard yang dipercayai atau dalam kata lain yang menjadi pegangan. Ideologi menjadi ‘standard tolok ukur’ yang akan digunakan oleh manusia dalam mengatur kemasyarakatan khasnya dalam konteks kenegaraan. Sesebuah negara itu akan berpegang dengan sesuatu ideologi untuk mengatur sistem dalam negara tersebut. Sebagai contoh, sistem pendidikan.
 Dasar dan kaedah yang digunakan dalam pendidikan adalah berpandukan kepada pegangan/fahaman sesuatu ideologi itu terhadap pendidikan yang meliputi perkara-perkara seperti hak untuk mendapat pendidikan, perbelanjaan dalam pendidikan, perlaksanaannya serta siapakah yang bertanggungjawab. Jika mengikut sistem Islam, rakyat berhak mendapat pendidikan. Mencerdikkan rakyat adalah tanggungjawab pemerintah. Maka dengan itu segala prasarana pendidikan mestilah disediakan oleh pemerintah untuk rakyat secara percuma. Rakyat tidak akan bergolok- bergadai atau terpaksa membuat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran. Dalam erti kata lain, rakyat tidak boleh sesekali rasa terbeban untuk mendapatkan pendidikan. Begitu juga dengan sistem pengadilan atau mahkamah, sistem sosial, sistem ekonomi dan juga sistem pentadbiran. Jika kita lihat dalam sistem pentadbiran kapitalis, untuk melantik pemimpin negara, satu kaedah lain digunakan. Kaedah ini adalah sebagai cabang dalam sistem kapitalis yang digunakan untuk melantik pemerintah. Dan cabang yang digunakan ini adalah satu peraturan atau sistem, yang dipanggil ‘demokrasi’.


Agama Islam adalah ‘Ideologi’ secara semula jadinya. Semua orang Islam menerima apabila dikatakan bahawa agama Islam itu adalah agama yang syumul. Namun, ramai yang ‘tahu’ tapi tak ‘mengerti’. Apa yang dikatakan syumul, sempurna atau lengkap itu sebenarnya adalah sangat jelas bahawa ianya meliputi peraturan-peraturan untuk semua perkara bagi manusia hidup di atas muka bumi ini. Ianya disampaikan oleh Rasul dan bersumber daripada “Sesuatu” yang menjadikan segala sesuatu yang dipanggil Tuhan iaitu ALLAH SWT. Rasulullah saw telah menyampaikan ‘Akidah’ dan ‘Syariat’(peraturan) untuk semua perkara secara jelas dan terang atau secara samar, tentang;

1. Bagaimana manusia mahu berurusan dengan Tuhannya (bagaimana bersolat, puasa, berwuduk dll).. Semua ada aturannya.

2. Bagaimana manusia mahu berurusan dengan sesama manusia(meliputi aturan atau sistem untuk pentadbiran, ekonomi, sosial, pendidikan dan mahkamah) Contoh sistem sosial- bagaimana aturannya jika mahu berkahwin. Contoh hal pentadbiran: Bagaimana hendak melantik pemerintah atau kerajaan. Semuanya telah ada dibawa oleh Rasulullah saw. Lalu mengapa umat Islam memilih cara yang lain untuk melantik pemerintah? Sedangkan cara yang Rasulullah saw tunjukkanlah sepatutnya diikuti.

3. Allah swt juga mengutus Rasul untuk menyampaikan aturan tentang bagaimana manusia mahu berurusan sesama makhluk.(haiwan dan benda ) Contohnya- Bagaimana caranya jika hendak memakan haiwan seperti ayam, lembu dan sebagainya. Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Bolehkah manusia menggunakan haiwan untuk kepentingannya. Atau bolehkah manusia memanfaatkan benda-benda.

Semua perkara terdapat peraturan-peraturannya. Ianya mencakupi 5 hukum sama ada wajib, haram, sunat, makruh atau harus(mubah). Dan ianya adalah yang terbaik kerana datangnya dari Tuhan yang menjadikan segala sesuatu. Namun, disebabkan Allah swt yang maha mengetahui telah menciptakan manusia itu dengan memiliki potensi akal ditambah lagi dengan nafsu yang meluap-luap, maka golongan-golongan bijak pandai telah mereka-cipta ideologi yang sudah tentunya juga bersumber dari maklumat-maklumat atau ilmu-ilmu yang juga berasal dari Allah swt. Dari kitab-kitab agama mereka, kepercayaan yang mereka pegang, serta idea-idea baru dengan tidak merujuk berdasarkan Al-Quran, Hadis dan Ijmak Sahabat. Yang jelas boleh dikatakan disini bahawa ilham ideologi yang mereka ciptakan seperti Ideologi kapitalis, sosialis mahupun komunis adalah dari sumber yang Allah swt tidak pelihara sepertimana Allah swt pelihara Al-Quran, kesahihan Hadith dan Ijmak sahabat. Malahan Allah swt dengan jelas berfirman diawal ayat dalam Surah Al-Baqarah bahawa Al-Quran itu adalah kitab yang tiada keraguan. Adalah sedih bila menyedari ramai umat Islam yang tidak dapat melihat hakikat bahawa demokrasi itu berasal dari “Akidah Kapitalis”.

Kami tunjukkan seperti ini :-

AKIDAH/IDEOLOGI          SYARIAT/ATURAN/SISTEM

ISLAM                                  Ulluhiyah dan Rububiyah
KAPITALISME                       Rububiyah sahaja

      Begitulah juga dengan ideologi SOSIALIS dan KOMUNIS yang kami rasa tak perlu untuk kami nyatakan semuanya disini. Hakikatnya semua ideologi itu adalah ideologi yang sesat yang tidak diredhaiNYA. Sebagai contoh, kami jelaskan lagi bahawa didalam akidah kapitalisme terdapat sistem pentadbirannya (iaitu sistem pentadbiran kapitalis). Lalu didalam sistem tersebut, terdapat sistem kecil dibawahnya iaitu ‘demokrasi’. Demokrasi ini adalah anak dibawah kapitalisme yang berfungsi sebagai cara untuk mengiktiraf/mengangkat pemerintah. Bertemakan ‘DARI RAKYAT, OLEH RAKYAT, UNTUK RAKYAT’. Demokrasi wujud dari AKIDAH KAPITALISME. Maka itu DEMOKRASI ADALAH SISTEM YANG BERKAITAN DENGAN AKIDAH! DAN IANYA KUFUR! SEDANGKAN ISLAM MEMILIKI CARA YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH RASULULLAH SAW MELALUI SIRAHNYA BAGAIMANA PEMERINTAH ISLAM DIANGKAT/DIIKTIRAF. BEGITU JUGA SAHABAT-SAHABAT BAGINDA TELAH MEMPRAKTIKKANNYA. Kami telah menyatakan bahawa Islam memiliki kaedahnya sendiri dalam mengangkat pemerintah. Maka kami menyeru hendaknya kita semua menuruti apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw dan sahabat-sahabat yang jelas dari lipatan sejarah Islam. Amatlah menyedihkan kekeliruan umat Islam masa kini bilamana mereka cuba pula untuk ‘mengislamkan demokrasi’. Kami ingin bertanya, manakah yang lebih baik sama ada dengan menuruti apa yang Rasulullah saw telah tunjukkan, atau cuba mengislamisasikan sesuatu yang tidak dibawa oleh Rasulullah saw. Malahan, jelas ianya bersumberkan dari kesesatan dan kekufuran. Bukankah kaedah usulfiqh juga menyatakan “Antara baik dengan lebih baik, hendaklah didahulukan yang lebih baik”. Itu jika antara baik dengan lebih baik .Tetapi dalam kes ini , ianya adalah ‘antara baik dengan yang tidak baik”. Yang lebih tepat lagi “Antara yang syarie’ dengan yang kufur”.

1 ulasan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting