09 November 2010
KHILAFAH??
KHILAFAH adalah kepimpinan umum bagi SELURUH KAUM MUSLIMIN DI DUNIA utk menegakkan hukum2 syar'at Islam dan mengembang dakwah ke segenap penjuru dunia. Kata lain bagi Khilafah adalah Imamah. Imamah dan Khilafah mempunyai pengertian yg sama. Terdapat banyak hadis sahih menunjukkan bahawa dua kata ini memiliki konotasi yg sama bahkan tidak ada satu nas pun, baik dlm alQuran mahupun hadis yg menyebut kedua istilah itu dengan makna yg saling bertentangan antara satu sama lain. Kaum muslimin seharusnya tidak terikat dgn salah satu dari keduanya,samada istilah khilafah ataupun Imamah, sebab yg menjadi pegangan dlm hal ini adalah MAKNA yg ditunjukkan oleh kedua istilah itu.
Menegakkan khilafah adalah FARDHU (WAJIB) BAGI SELURUH KAUM MUSLIMIN.. Sebagaimana yg telah dimaklumi bahawa melaksanakan suatu kewajiban yg telah dibebankan oleh allah kepada kaum muslimin adalah suatu kewajiban yg menuntut PERLAKSANAAN TANPA TAWAR- MENAWAR lagi dan tidak pula ada kompromi. Demikian adanya kewajiban kewajiban menegakkan Khilafah. Melalaikannya bererti merupakan salah satu perbuatan MAKSIAT terbesar dan Allah SWT akan mengazab para perlakunya dengan siksaan yg amat pedih.
Antara dalil2nya:
AL-QURAN
"Hai org2 yg beriman, taatilah Allah dan taatilah rasulNya, dan ulil Amri dari kamu sekalian.
(An-Nisa':59)
HADIS: (Imam Bukhairi meriawatkan dari Bisr Bin Ubaidillah Al-Hadrami bahawa dia mendengar Abu Idris Al Khaulani mendengar Hudzaifah bin Yaman berkata:)
"Dahulu, biasanya orang2 bertanya kepada Rasullah SAW tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kpd beliau tentang keburukan kerana khuatir jangan2 menimpaku. Maka aku bertanya, "Wahai Rasullah, kami dahulu berada di zaman jahilliyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikkan ini. Apakah setelah kebaikan ini ada keburukan?" Beliau menjawab,"Ya". Aku bertanya,"Apakah setelah keburukkan itu nanti ada kebaikkan?" Beliau menjawab,"Ya, tetapi didalamnya ada asap". Aku bertanya,"Apakah asap itu?". Beliau menjawab,"Suatu kaum yg memberi petunjjuk dgn selain petunjjukku.Jika engkau menemui mereka INGKARILAH." Aku bertanya ,"Apakah setelah kebaikkan tersebut ada keburukkan?" Beliau menjawab,"Ya, iaitu munculnya da'i-da'i(pendakwah2) yg mengajak kepintu(neraka) Jahannam. Siapa saja yg menyambut ajakan mereka, nescaya akan mereka lemparkan ke dalam neraka itu". Aku bertanya."Wahai Rasullah, jelaskan ciri-ciri mereka kpd kami". Beliau menjawab,"Mereka itu mempunyai kulit seperti kulit kita dan berbicara dgn bahasa kita". Aku bertanya, "Apakah yg kau perintahkan kepadaku,jika hal itu menimpa ku?". Beliau bersabda," Ikatlah dirimu kpd jama'ah dan imam mereka." Aku bartanya," Kalau tidak ada jama'ah dan tidak ada Imam?" Beliau menjawab," Tinggalkanlah semua puak-puak yg ada,walau sampai engkau menggigit akar pokok hingga engkau mati dalam keadaan demikian."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan