09 September 2008

KEPERIBADIAN MANUSIA MENURUT ISLAM

Ada dua fenomena yang nampak pada diri manusia .Pertama adalah fenomena performance (penampilan fizikal) manusia seperti bentuk tubuh ,wajah dan pakaian . Kedua adalah fenomena yang berupa aktiviti dan gerak-geri.Kerana itulah maka ramai orang salah menilai , apabila ingin membina keperibadian manusia yang unik . Ada yang menganggap , bahawa performance manusialah yang mempengaruhi keperibadiannya . Tentu ini merupakan kesimpulan dari pemikiran yang dangkal , tanpa didasari analisa dan hujah yang kukuh .Sebab yang membezakan antara seorang manusia dengan seorang yang lain , adalah perbuatannya . Kesimpulan (akumulasi) perbuatan yang merupakan gambaran daripada (suluk)tingkah-laku , itulah yang menentukan tinggi atau rendahnya keperibadian seseorang .Sedangkan suluk seseorang amatlah ditentukan oleh mahfumnya. Kerana itu suluk tersebut pastinya tidak akan terpisah daripada mahfum seseorang .
Suluk seseorang itu sendiri merupakan akumulasi(accumulations/kesimpulan) daripada perbuatannya . Sedangkan perbuatan manusia hakikatnya merupakan bentuk pemenuhan manusia keatas dorongan yang lahir daripada keperluan jasmani dan naluri.

KEISTIMEWAAN KETIGA MANUSIA :AKAL DAN FIKIRAN

Manusia adalah haiwan ,sama dengan haiwan yg lain .Haiwan yg lain mempunyai keperluan jasmani dan naluri , maka manusia pun demikian juga.Bezanya manusia diberi AKAL , sedangkan haiwan yg lain tidak. Perbezaan antara kehidupan manusia dan haiwan adalah bukti bahawa manusia mempunyai AKAL sedangkan haiwan lain TIDAK. Kehidupan manusia selalu dipenuhi dengan perubahan ,oleh sebab itu kehidupannya dinamik , sedangkan haiwan yg lain tidak . Kehidupan haiwan yg lain bersifat static , tidak mengalami perubahan . Dan dari waktu ke waktu hidupnya tetap sama . Itulah perbezaan yg nampak pada haiwan dengan manusia secara nyata .

KEISTIMEWAAN KEDUA MANUSIA -NALURI

Naluri manusia merupakan khasiat yang merupakan fitrah , yang terdapat dalam diri manusia , agar manusia dapat mempertahankan kewujudan , keturunan dan mencari petunjuk berkenaan dengan kewujudan Maha Pencipta . Naluri ini memang langsung tidak dapat diindera oleh manusia, namun dapat dijangkau oleh akal melalui kesan atau kenyataan yang jelas terlihat.
Allah SWT telah menerangkan naluri tersebut melalui beberapa kenyataan yg telah dinyatakan dalam beberapa ayat Al-Quran, antara lain;

MANUSIA DAN AGAMA

HAKIKAT MANUSIA MENURUT ISLAM

Apabila kita katakan bahawa 1) manusia itu merupakan ‘material” atau ‘benda”(madah), ianya adalah satu pemikiran .maksudnye ia adalah sesuatu yg kita dapat memahami maksudnye sebagai satu pemahaman(mahfum).
Kemudian bila kita katakan pula bahawa 2) “manusia terdiri daripada rohani dan jasmani, ianya juga adalah satu “pemikiran”.
Tapi pemikiran yg pertama1),iaitu bahawa manusia merupakan material (madah)adalah pemikiran yg bersifat haqiqiah (nyata).Sebab, dapat kita buktikan kenyataannya.
Sedangkan pemikiran yg.kedua 2),iaitu bahawa manusia terdiri daripada rohani dan jasmani adalah pemikiran yg.bersifat allahaqiqiah (tidak nyata).Sebab,ianya tidak dapat kita buktikan kenyataannya secara menyeluruh dari pernyataan itu.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting