Manusia adalah haiwan ,sama dengan haiwan yg lain .Haiwan yg lain mempunyai keperluan jasmani dan naluri , maka manusia pun demikian juga.Bezanya manusia diberi AKAL , sedangkan haiwan yg lain tidak. Perbezaan antara kehidupan manusia dan haiwan adalah bukti bahawa manusia mempunyai AKAL sedangkan haiwan lain TIDAK. Kehidupan manusia selalu dipenuhi dengan perubahan ,oleh sebab itu kehidupannya dinamik , sedangkan haiwan yg lain tidak . Kehidupan haiwan yg lain bersifat static , tidak mengalami perubahan . Dan dari waktu ke waktu hidupnya tetap sama . Itulah perbezaan yg nampak pada haiwan dengan manusia secara nyata .
Dalil Al-Quran mengambarkan dengan jelas :
“Kami telah menjadikan untuk isi neraka jahanam , kebanyakkan daripada manusia dan jin . mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk berfikir.Mereka mempunyai mata , tetapi tidak digunakan untuk melihat.Mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar .Mereka itu seperti haiwan , bahkan lebih hina lagi.” Surah Al-A’raf : 179
Ayat ini menerangkan adanya persamaan antara manusia , jin dan haiwan , iaitu apabila manusia dan jin yg sama-sama diberi akal , pendengaran dan penglihatan , jika tidak digunakan untuk berfikir, mendengar dan melihat realiti , maka mereka sama dengan haiwan . Pada asalnya mereka tidak sama dengan haiwan ,namun apabila keistimewaan mereka tidak digunakan , maka mereka sama dengan haiwan . Allah menyamakan manusia dengan haiwan ketika manusia tidak berfikir menggunakan akal ,menunjukkan bahawa haiwan memang tidak mempunyai akal. Bererti manusia diberi AKAL oleh Allah SWT sedangkan haiwan tidak .
Meskipun secara empirik(reality keadaan sekarangketika Islam ditinggalkan oleh dunia,termasuklah oleh orang Islam,dimana kesan2 penerapan hukum Islam masih nampak,meskipun hanya sebahagiannya saja) dan normative(Aspek ajaran yang tertuang didalam Nas,yang berupa doktrin,ajaran dan system) ,dalam pandangan Islam sudah jelas tentang perkara tersebut , Namun sejak zaman dahulu banyak ulamak Islam maupun ilmuwan bukan Islam , tidak dapat menerangkan tentang kewujudan AKAL .Dan kerana itulah pembahasan Aqidah Islam menjadi kacau . Sehingga berkembang Ilmu Kalam didunia Islam , yang jelasnya haram dipelajari kaum muslimin .Kerana itu , memahami batasan AKAL dan FIKIRAN ini menjadi sangat penting . Dengan itu, semua masaalah yang ditimbulkan akibat ketidakjelasan batasan ini, akan dapat dihindari . Kata ‘AKAL’berasal dari bahasa arab, iaitu :al-‘aqlu.Erti kata tersebut adalah sama dengan al-idrak dan al-fikr. Ketiga-tiga kata tersebut maknanya adalah sama . Dalam bahasa Arab ,kata semacam ini disebut mutaradif atau sinonim . Akal merupakan khasiat yg diberi oleh Allah SWT kepada manusia , yg merupakan kesan daripada khasiat otak manusia . Sebab otak manusia mempunyai keistimewaan untuk mengaitkan reality yg diindera dengan maklumat . Berbeza dengan otak haiwan . Otak haiwan tidak mempunyai khasiat untuk mengaitkan realiti dengan maklumat . Oleh kerana itu haiwan tidak dapat dididik untuk bertingkah-laku baik dan sopan ,padahal haiwan mempunyai otak , indera ,dapat menerima maklumat dan diberi reality! . Sebab haiwan tidak dapat membuat kesimpulan , kerana otaknya tidak mempunyai khasiat untuk mengaitkan reality dengan maklumat. Maka tiap maklumat yg diberikan pada haiwan akan selalu hilang , kerana fungsi otaknya tidak sama dengan otak manusia . Otak manusia adalah benda yg terdapat dalam tempurung kepala . Benda ini dikelilingi tiga lapis selaput , yg dijaringi dengan jalinan-jalinan talian saraf yg tidak terhitung jumlahnya, yg menghubungkan ke seluruh indera dan bahagian-bahagian tubuh manusia .Berat timbangan otak manusia dewasa mencapai 1200 gram . Otak tersebut menghabiskan 25% oksigen yg diperolehi dari kedua paru-paru . Para saintis telah mengambil kesimpulan melalui eksperimen yg dilakukan dengan menggunakan alat elektrik pengukur kerja otak , bahawa otak, organ yg berfungsi untuk berfikir . Melalui alat tersebut dapat diketahui , bahawa apabila seseorang sedang berfikir , grafik yg tertulis pada alat tersebut akan naik . Sebahagian saintis , bahkan telah sampai pada kesimpulan , bahawa maklumat yg dapat disimpan oleh otak manusia mencapai tidak kurang daripada 900 juta maklumat .Inilah keistimewaan otak manusia , yg tidak dimiliki oleh otak haiwan yg lain .
Adalah satu kesalahan besar bilamana kita membahas tentang AKAL ,lalu membuat kesimpulan , bahawa AKAL adalah organ berbentuk fizikal dan berada didalam Otak ! atau kepala ! atau dikata kan dalam dada dengan dalil bahawa hati di dada. Sebab fakta juga membuktikan , haiwan juga mempunyai “hati” yg ada didada, namun haiwan tetap tidak mempunyai AKAL!!.
Oleh kerana itu AKAL sesungguhnya adalah;
“Kekuatan untuk melahirkan keputusan (kesimpulan) tentang sesuatu”
Dan kekuatan ini , bukan merupakan kerja satu organ tubuh manusia sahaja , seperti otak, sehingga AKAL dianggap sama dengan otak yg kemudian dikatakan bahawa AKAL berada didalam kepala.Ini adalah satu kesimpulan yg salah. Jika demikian, apa yg membentuk kekuatan AKAL tersebut??
Kekuatan tersebut terbentuk dari empat komponen yg dapat menyusun kekuatan sehingga menghasilkan apa yg dinamakan AKAL . Melalui prosesnya iaitu dengan memindahkan reality yg telah diindera kedalam otak melalui alat penginderaan yg ada dan dengan maklumat awal yg ada dalam otak , lalu reality tersebut disimpulkan . Ketika itu terbentuklah kekuatan tersebut . Iaitu kekuatan menyimpulkan reality.Inilah kewujudan AKAL manusia .
Intelektual sosialis , Juga telah membuat kesimpulan tentang akal dengan menyifatkan bahawa AKAL merupakan kekuatan yg dihasilkan melalui proses merefleksikan reality kedalam otak atau otak kedalam reality. Mereka sengaja menolak komponen maklumat awal dalam memberikan gambaran tentang AKAL. Sehingga menyusun Argumentasi , bahawa AKAL merupakan kekuatan hasil refleksi .BENARKAH AKAL MERUPAKAN KEKUATAN HASIL REFLEKSI OTAK KEDALAM REALITI DAN SEBALIKNYA???
JAWABANNYA TENTULAH TIDAK BENAR!!
Sebab ,otak maupun reality , sama-sama tidak dapat melakukan refleksi atau pantulan seperti cermin .Sebenarnya yang membawa pantulan objek reality kedalam otak adalah PENGINDERAAN(DERIA).Ini terbukti apabila deria yg digunakan untuk mengesan objek , contohnya Mata!!,maka memori yg tersimpan kedalam otak berbentuk gambar. Sebab memori tersebut merupakan objek yg ditangkap dengan menggunakan mata .Berbeza jika yg mengesan objek tersebut adalah deria Hidung!!,seperti bau busuk kentut, maka memori yg tersimpan dalam otak berbentuk bau busuk. Begitu juga lah yg lain-lainnya.
Inilah yg mereka sebut refleksi!!Sedangkan yg sebenarnya , semua itu merupakan hasil kerja DERIA (INDERA).Jadi REFLEKSI tersebut sebenarnya tidak pernah ada. Yang ada adalah transformasi objek kedalam otak dalam bentuk memori .Dengan pandangan tersebut , sebenarnya Intelektual Sosialis mengakui bahawa komponen AKAL yg dapat digunakan untuk berfikir tersebut adalah :
1) OTAK
2) REALITI YANG DAPAT DIINDERA (DIDERIA)
3) PENGINDERAAN (PENDERIAAN)YANG MEREKA SEBUT SEBAGAI “REFLEKSI”
Mereka (SOSIALIS) menolak wujudnya MAKLUMAT AWAL adalah kerana Aqidah mereka!, yang tidak mau mengakui kewujudan TUHAN .
Sebab mengakui adanya MAKLUMAT AWAL , bererti mengakui bahawa pemikiran lebih dahulu daripada reality .Dan dengan begitu akan muncul pertanyaan ,dari mana datangnya pemikiran manusia yang pertama ?Sebab mesti ada ZAT DILUAR DIRI MANUSIA YANG MEMBERIKAN PEMIKIRAN TERSEBUT!!. DAN ZAT ITU JUGA MESTILAH BUKAN REALITI ITU SENDIRI!!
Tentu saja ini akan bertentangan dengan Aqidah SOSIALIS mereka!! yang mengatakan bahawa alam atau reality yang ada adalah Azali yang tidak memerlukan Zat diluar dirinya . Lalu mereka (SOSIALIS) membuat andaian yang bersifat khayalan bahawa manusia pertama telah melakukan eksperimen untuk mendapatkan maklumat!!!
Benarkah manusia dapat berfikir tanpa maklumat awal ? Anak kecil atau orang dewasa yang gila adalah contoh yang tepat untuk membuktikannya. Anak kecil dan org gila mempunyai persamaan dari segi otak. Otak anak kecil belum sempurna sedangkan otak orang gila tidak sihat. Masing-masing otak mereka tidak dapat dipergunakan untuk menghubungkan antara maklumat awal dengan memori yang disampaikan oleh penderiaan mereka. Maka ,baik anak kecil maupun orang gila tersebut , sama-sama tidak dapat membezakan reality yang ada dihadapannya.Anak kecil memegang batu akan dimakannya ,orang gila pun sama.Masing-masing mempunyai otak!! NAMUN BENARKAH DENGAN OTAK ,MEREKA SECARA AUTOMATIK DAPAT MENYIMPULKAN REALITI DIHADAPAN MEREKA?? TERNYATA TIDAK!! Jika orang gila tadi dapat melakukannya (yakni tidak memakan batu tersebut),Ini adalah kerana sisa memori yang masih terdapat dalam otak mereka .Sedangkan anak kecil sama sekali tidak akan dapat melakukannya. Contoh lain apabila anak kecil diberi KOSAKATA yang salah , seperti membuang air besar disebut menyanyi , maka hingga besar dia akan berkesimpulan bahawa menyanyi adalah buang air besar.Ini pengaruh maklumat awal pada diri seseorang.
Gambaran ini nampak sekali dari penjelasan Allah SWT berkenaan kisah Nabi Adam dan Malaikat ,ketika berada disurga apabila Malaikat protes kepada Allah SWT atas penciptaan Adam, kerana dianggap hanya akan menimbulkan kerosakkan dimuka bumi,kemudian Allah membantah seraya mengatakan:”Aku Maha Tahu tentang apa yang tidak kamu ketahui”Dan Allah SWT pun membuktikan pernyataanNya ;
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian mengajukannya kepada Malaikat,seraya berfirman Beritahukanlah kepadaku nama-nama mereka semuanya ,apabila kamu benar (dengan dakwaan kamu,bahawa kamu lebih tahu).”Mereka menjawab :Maha Suci Engkau , kami tidak mempunyai ilmu sedikitpun ,kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”Allah SWT berfirman: Wahai Adam , sampaikanlah kepada mereka nama-nama mereka semua.’Apabila Adam selesai menyebutkan kepada mereka nama-nama itu semuanya, Dia berfirman ‘bukankah Aku telah beritahukan kepada kamu , bahawa Aku Maha Tahu perkara ghaib dilangit dan dibumi, serta Maha Tahu apa yang kamu kemukakan dan apa yang kamu sembunyikan.” Surah Al-Baqarah : 31-33.
Ayat diatas jelas membuktikan bahawa Malaikat tidak dapat membuat kesimpulan tentang reality yg ditunjukkan oleh Allah Swt ,sedangkan Adam dapat melakukannya setelah diberi maklumat awal oleh Allah! .Malaikat tidak dapat melakukannya kerana tidak mendapat maklumat dari Allah SWT.
Jelaslah bahawa tidak ada satu manusia pun yang dapat mengambil kesimpulan tanpa mempunyai maklumat awal .
Maklumat atau pengetahuan yang dimiliki oleh manusia ,yang dapat mempengaruhi pemikirannya , dapat dihuraikan antara lain seperti berikut ;
1) Maklumat atau pengetahuan yang realitinya dapat dibuktikan oleh deria (indera) manusia ,kemudian diyakini kebenarannya , kerana antara maklumat yang diterima sesuai dengan realitinya .
Seperti maklumat bahawa Al-Quran adalah kalam Allah SWT ,Diyakini setelah dibuktikan , bahawa susunan bahasa nya tidak dapat ditandingi oleh susunan bahasa manusia .Lalu maklumat itu diyakini kerana realitinya memang demikian.Termasuk diantara jenis pengetahuan ini adalah maklumat tentang surga, neraka , malaikat , jin dan syaitan .Meskipun reality tersebut tidak dapat dibuktikan secara langsung , Namun pembuktian Al-Quran yang tidak mungkin dusta , telah cukup untuk membuktikan kebenaran maklumat ini .(Yakni apabila kita telah buktikan bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah SWT.,Mana mungkin Allah berbohong!!! )
2)Maklumat atau pengetahuan yang reality dapat dibuktikan oleh indera (deria)manusia ,namun keyakinan kepadanya tidak sampai pada tahap “haq al yaqin”Seperti maklumat-maklumat syara’ yang digali daripada dalil-dalil syara’.Sama ada yang berkenaan hokum-hukum syara’ , kaedah syara’ ,maupun takrif syara’.Termasuklah dalam hal ini,maklumat tentang Aqidah yang disampaikan oleh Hadis Ahad. Juga termasuk maklumat seperti maklumat sejarah dan bahasa .
3)Maklumat atau pengetahuan yang realitinya tidak dapat dibuktikan oleh indera manusia (deria).Atau tidak dapat dibuktikan sejauh mana kesesuaiannya dengan realitinya , namun akal tidak menafikan wujudnya reality maklumat tersebut .Ini adalah sejenis konsep , iaitu kesimpulan tentang reality tertentu , namun tidak sampai membenarkan keseluruhannya secara bulat .
Sebabnya , jika dibenarkan ataupun tidak dibenarkan….sama sahaja !!
Maklumat seperti ni banyak , antaranya seperti maklumat sejarah secara Am ,maklumat tentang Geografi dan Astronomi ,.Maklumat tersebut akan menjadi mahfum apabila realitinya telah berhasil dibuktikan oleh indera (deria) manusia ,Bahawa maklumat tersebut sesuai dengan realitinya , atau setelah ada dalil yang membuktikannya . Dalam hal ini samaada dalil yang berupa penginderaan (penderiaan ) secara langsung , maupun dalil transformative (naqli) yang kebenarannya kita yakini .
4)Maklumat atau pengetahuan yang realitinya tidak dapat diindera(dideria) oleh deria manusia,kerana antara maklumat dengan realitinya tidak bersesuaian.Maklumat begini hanya akan menjadi pengetahuan yang tersimpan didalam otak , namun tidak dapat digunakan untuk mengambil kesimpulan .Dan tidak akan dapat dijadikan sebagai pemikiran atau mahfum. Contohnya adalah maklumat-maklumat tentang Kapitalisme , Liberalisme , Demokrasi , Sosialisme dan maklumat-maklumat yang lain .
5)Maklumat atau pengetahuan yang tidak pernah ada realitinya , dan tidak mungkin digambarkan realitinya .Jenis pemikiran ini merupakan jenis pemikiran yang tidak ada realitinya , maka tidak perlu dibahas apakah sesuai atau tidak antara maklumat dengan reality yang ada. Maklumat semacam ini dapat dikatakan sebagai khayal , khurafat dan fantasi .Contohnya keberhasilan manusia menjejakkan kakinya ke bulan , atau adanya makhluk hidup diplanet lain,selain bumi .Semuanya ini merupakan khayalan , khurafat dan fantasi .
Disamping kelima-lima jenis maklumat dan pengetahuan tersebut , maklumat dan pengetahuan yang dijadikan sebagai maklumat oleh manusia dalam mengambil keputusan kadang-kadang ada yang merupakan pemikiran yang dangkal , dalam dan cemerlang.
Oleh itu disamping jenis-jenis maklumat diatas , apabila dilihat dari aspek kualiti pemikirannya , adakah kualiti pemikirannya dangkal !!, atau pemikirannya mendalam!! , atau cemerlang!! …. Maka maklumat , pengetahuan atau pemikiran dapat dihuraikan sebagai berikut ;
A)Pemikiran yang Dangkal , iaitu maklumat , atau pengetahuan yang diperolehi melalui proses berfikir yang hanya melihat sesuatu dan membuat kesimpulan berkenaan dengan sesuatu itu dengan tidak disertai pemahaman . Pemikiran tersebut diperolehi dengan cara memindahkan reality secara langsung ke dalam otak ,tanpa ada usaha untuk mengindera perkara yang berhubungan dengan nya , serta tanpa menghubungkan maklumat yang mempunyai kaitan dengan nya .Juga tidak disertai usaha mencari maklumat lain yang mempunyai kaitan lain dengannya . Akhirnya kesimpulan yang diperolehi tentunya merupakan kesimpulan yang Dangkal.Apabila pemikiran tersebut disampaikan kepada orang lain , maka ia menjadi maklumat bagi orang tersebut , dan tentunya maklumat ini merupakan satu pemikiran yang Dangkal .
B)Pemikiran yang Mendalam ,iaitu maklumat atau pengetahuan yang diperolehi melalui proses berfikir yang melihat sesuatu dan membuat kesimpulan berkenaan dengan sesuatu tadi dengan cara memahaminya .Setelah itu , baru membuat kesimpulan tentang sesuatu tadi . Pemikiran tersebut diperolehi dengan cara meningkatkan kualiti penginderaan pada reality yang disimpulkan, juga meningkatkan kualiti maklumat yang berkaitan dengan apa yang diindera untuk memahami realitinya . Oleh kerana itu ,orang yang mempunyai pemikiran yang mendalam , tidak akan hanya mengindera ,atau puas dengan maklumat pertama untuk digunakan dalam membuat kesimpulan sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang berfikir Dangkal. Akan tetapi orang tersebut mengindera kembali , serta menambah maklumat yang ada dengan maklumat yang lain . Pemikiran yang lahir dari proses semacam ini , apabila disampaikan kepada orang lain , maka ia menjadi maklumat bagi orang tersebut . Tetapi maklumat ini merupakan pemikiran yang mendalam.
C)Pemikiran yang Cemerlang ,iaitu maklumat atau pengetahuan yang diperolehi melalui proses berfikir yang mendalam, ditambah dengan memikirkan hal-hal yang bersekitaran dengan reality serta hal-hal yang masih mempunyai persekitaran dengan usaha untuk mencapai hasil yang benar . Apabila pemikiran tersebut disampaikan kepada orang lain , maka ia merupakan maklumat bagi orang tersebut yang tentunya merupakan satu pemikiran yang Cemerlang.
Dengan memahami jenis maklumat dan pengetahuan tersebut, maka seseorang akan berusaha untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang benar, dan membuang maklumat yang salah , sehingga mahfumnya menjadi benar . Yang dengan itu tingkah-lakunya menjadi benar.Disamping itu ia hanya akan menyibukkan diri pada hal-hal yang berguna dan meninggalkan hal-hal yang sia-sia ,dengan memahami mana-mana pemikiran yang tinggi dan rendah.Dan akhirnya mampu mengubah dirinya , masyarakat serta keadaan yang bersekitaran dengannya daripada berpengetahuan rendah menjadi tinggi dan cemerlang , sehingga dapat bangkit dan menjadi manusia , masyarakat serta umat yang maju .
Hajat manusia kepada Agama
Manusia diberi keistimewaan oleh Allah SWT yang berbeza dengan haiwan iaitu AKAL , disamping keistimewaan-keistimewaan yang sama dengan haiwan , seperti keperluan jasmani dan naluri . Kerana naluri itulah manusia memerlukan pemenuhan . Tidak terkecuali dengan naluri beragama ,(gharizatu at tadayyun) yang terdapat dalam dirinya .Semuanya menuntut untuk dipenuhi. Yang dalam hal ini tiada bezanya antara manusia dengan makhluk lain . Sebab yang lain pun mempunyai naluri beragama seperti manusia . Allah SWT dalam Al-Quran berfirman ;
“ Dan segala sesuatu tidak ada , kecuali bertasbih dengan memujiNya , akan tetapi kamu tidak akan dapat memahami bagaimana cara mereka bertasbih.” Surah Al-Isra’ :44
“Tidakkah kamu melihat bagaimana kepada Allah bertasbih , langit dan bumi serta burung-burung dengan berbaris.” Surah An- Nur : 41
Semua makhluk diberi keistimewaan yang sama dengan manusia,dan mereka pun melakukan pemenuhan yang disebutkan dengan “bertasbih” kepada Allah SWT . Dimana bertasbih merupakan bukti wujudnya naluri beragama, iaitu mensucikan sesuatu yang diyakini , bahawa Dialah Sang Pencipta . Pensucian itu adakalanya menampakkan sesuatu yang hakiki , yang bisanya dikatakan dengan istilah “ibadah” ,tetapi adakalanya bentuk pensucian tersebut hanya merupakan penampakkan yang minima , seperti ta’zim dan penghormatan .
Oleh kerana itu , semua makhluk beribadah kepada Allah SWT . Meskipun kita tidak dapat memahami ibadah mereka .Sebab Ibadah tersebut merupakan keperluan setiap makhluk .Kerana hal itu bahagian dari fitrah mereka . Sama ada pensucian (taqdis) tersebut berkenaan dengan ta’abbud (ibadah) ,ihtiram (penghormatan) , maupun ta’zim,malah sebaliknya,akan melarikan diri dari Zat yang ditakutinya .
Maka , agama merupakan keperluan manusia pada sepanjang sejarah kehidupannya . Dan tidak pernah ada satu masa pun , hidup manusia tanpa memeluk agama .baik dengan cara menyembah matahari , api , bintang , berhala maupun menyembah Allah SWT . Dimana cara penyembahan itu merupakan bahagian daripada agama bagi mereka . Sehinggalah belum pernah ada suatu zaman pun manusia tidak menyembah sesuatu. Ini bermakna penganut Sosialisme sendiri Yang menolak agama dan tuhan , bukannya tidak mempunyai tuhan ! Akan tetapi mengganti tuhan dari satu bentuk tuhan kepada satu bentuk tuhan yang lain , iaitu MATERIAL.Yang mengubah ta’zim dan taqdis- nya (pensucian) dari tuhan kepada pahlawan atau benda-benda yang agung .
Dengan demikan , agama bagi manusia merupakan suatu keperluan ,yang diperlukan oleh nalurinya . Apabila tidak dipenuhi kehidupannya akan mengalami kegelisahan , kegoncangan dan kekacauan .Kerana itu memeluk agama merupakan fitrah manusia . Masaalah berikutnya , Siapakah yang berhak menurunkan agama bagi manusia yang dapat mengatur keperluan naluri beragamanya ???
Kerana naluri tersebut memerlukan pemenuhan yang berkaitan dengan Zat Yang Maha Agung,iaitu Allah SWT . Sebab Dialah Yang Maha Tahu tentang diriNya dan diri ciptaan Nya .Sedangkan manusia tentang dirinya sendiri tidak tahu , apatah lagi tentang Zat Allah SWT .Oleh kerana itu adalah mustahil aturan agama itu dibuat oleh manusia .
Perasaan lemah ,kurang dan kerdil manusia dihadapan Zat Yang Maha Agung dalam ibadah , sesungguhnya bukan dimiliki oleh manusia ketika beribadah sahaja. Sebab ini merupakan fitrah .Fitrah dimana pun tetap fitrah , tidak pernah berubah.Meskipun perasaan yang muncul dari fitrah tersebut dapat dialihkan kepada yang lain. Oleh kerana itu , dalam hal diluar ibadah pun,manusia tetap memerlukan agama yang sesuai dengan fitrahnya yang lemah , kurang dan memerlukan Zat Yang Maha Agung .Sehingga mustahil keperluan manusia kepada agama tersebut dapat dipenuhi dengan agama lain , selain agama yang diturunkan oleh Zat Yang Maha Agung itu .Dialah Allah SWT .Disinilah rasionalnya;mengapa manusia memerlukan agama.Dan mengapa manusia memerlukan agama dari Allah SWT dan bukannya dari yang lain.
Disamping rasionaliti diatas , agama memang sengaja diturunkan oleh Allah SWT kepada makhluk berakal yang telah dijadikan oleh Allah sebagai khalifah fi al-ardhi (Surah al-Baqarah :30)yang telah bersedia menerima amanat yang tidak sanggup dipikul oleh gunung-gunung , langit dan bumi , namun diterima oleh manusia (surah Al-Ahzab : 72)sebagai standard kelak diakhirat .Dimana Allah telah menjadikan keistimewaan akal manusia sebagai manath taklif (objek yang menjadi sebab diberi tanggungjawab)sehingga dapat memilih antara mengambil dan meninggalkan sesuatu agama . Dan kerana itulah, maka Allah SWT akan meminta pertanggungjawaban manusia atas akalnya :
“Sesungguhnya pendengaran ,pengelihatan dan akal fikiran (manusia) ,semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban.”
Surah Al-Isra’ : 36
09 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan