Naluri manusia merupakan khasiat yang merupakan fitrah , yang terdapat dalam diri manusia , agar manusia dapat mempertahankan kewujudan , keturunan dan mencari petunjuk berkenaan dengan kewujudan Maha Pencipta . Naluri ini memang langsung tidak dapat diindera oleh manusia, namun dapat dijangkau oleh akal melalui kesan atau kenyataan yang jelas terlihat.
Allah SWT telah menerangkan naluri tersebut melalui beberapa kenyataan yg telah dinyatakan dalam beberapa ayat Al-Quran, antara lain;
“Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada labah-labah ‘ kamu ambilah gunung, pokok dan apa saja yg mereka jadikan sebagai atap untuk menjadi tempat tinggal (rumahnya)”. Surah An-Nahl :68
Ertinya Allah SWT memberikan nya khasiat yang memungkinkannya membuat sarang labah2 digunung, pokok atau apa saja yg mereka jadikan atap.Ayat ini menerangkan bahawa haiwan (termasuklah manusia) , diberi khasiat untuk membuat rumah atau tempat tinggal agar dapat melindungi diri daripada serangan makhluk lain.Ini merupakan kenyataan tentang wujudnya NALURI MEMPERTAHANKAN DIRI (GHARIZATU AL-BAQA’).
Allah SWT telah menerangkan kenyataan lain daripada naluri , dalam beberapa ayat , antara lain :
“Dan (ingatlah) apabila Ibrahim diujiTuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan)lalu Ibrahim menunaikannya,Allah berfirman ‘Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu Imam bagi seluruh manusia.’Ibrahim beerkata : (Dan saya mohon juga) daripada keturunan saya .’ Allah berfirman :janjiKu ini tidak akan mengenai orang2 yg zalim.” Surah Al-Baqarah : 124
Kecintaan Ibrahim kepada zuriatnya merupakan kenyataan yg membuktikan wujudnya Naluri , iaitu naluri seksual (gharizatu an-nau’).Nabi Ibrahim memohon kepada Allah SWT agar Dia(Allah SWT) juga menjadikan keturunannya imam sama seperti dirinya.Ini merupakan kenyataan daripada wujudnya naluri yg telah ditetapkan oleh Allah SWT kepadanya. Kemudian Allah SWT menafikan : Allah berfirman : Janjiku ini tidak mengenai org2 yg zalim” Yang menerangkan bahawa imamah tersebut hanya akan diberikan kepada keturunannya yg.soleh sahaja., dan janji tersebut tidak akan diberikan kepada keturunan baginda yg zalim.
Begitu juga halnya apabila Allah berfirman,menceritakan kisah Yusuf as dengan Zulaikha.
“Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu)dengan Yusuf , dan Yusuf pun bermaksud (melakukannya) dengan wanita itu , seandainya dia tidak melihat tanda-tanda (dari) Tuhannya.” Surah Yusuf : 24
Dorongan syahwat kepada lawan jantina tersebut merupakan kenyataan yang membuktikan wujudnya Naluri seksual (gharizatu an-nau’) Nabi Yusuf kepada Zulaikha.Begitu juga dengan Zulaikha ,telah timbul syahwatnya kepada Nabi Yusuf as dan ingin memenuhi Naluri seksualnya (gharizatu an-nau nya) dengan beliau.Namun Nabi Yusuf tidak melakukan kerana Allah SWT telah mencegahnya .
Contoh lain Firman Allah SWT lagi
“Dan apabila manusia ditimpa kesusahan, maka dia memohon kepada Tuhannya dengan kembali kepadaNya .” Surah Az-Zumar : 8
Kembali kepada Allah serta meluahkan keluhannya kepadaNya kerana ditimpa musibah adalah kenyataan bahawa wujudnya NALURI BERAGAMA (mensucikan sesuatu / mengharapkan sesuatu) (gharizatu at-tadayyun)
Ayat ini menerangkan kebiasaan manusia ,iaitu berdoa dan memohon kepada Tuhannya apabila ditimpa kemelaratan , namun apabila kemelaratan itu telah hilang, Tuhan pun dilupakannya begitu saja.
Dari huraian diatas dapat disimpulkan bahawa naluri manusia terdiri daripada 3 bahagian iaitu ;
1) NALURI MEMPERTAHANKAN DIRI (gharizatu al-baqa’)
2) NALURI SEKSUAL (gharizatu an –nau’)
3) NALURI BERAGAMA ATAU MENSUCIKAN SESUATU ATAU MENGHARAPKAN SESUATU (gharizatu at-tadayyun)
Namun sebahagian besar ahli2 psikologi menganggap kenyataan yg ditimbulkan daripada naluri tersebut sebagai naluri. Contohnya ,mereka biasa menyebut naluri keibuan , naluri kebapaan , naluri ketakutan dan sebagainya .
SEBENARNYA SEMUA YG MEREKA SEBUTKAN INI HANYALAH KENYATAAN TENTANG WUJUDNYA NALURI, DAN BUKANNYA NALURI ITU SENDIRI.
Namun perlu difahami perbezaan antara Naluri dan keperluan jasmani.Jika Keperluan jasmani ,ianya timbul kerana unsur dalaman ,yakni akibat kesan kerja organ tubuh manusia , tetapi ….
Naluri timbul kerana unsur luaran. Dan unsur luaran itu adalah pemikiran dan realiti !!
Jadi….ketiga-tiga Naluri yang disebut diatas muncul akibat adanya dua faktor luaran tersebut iaitu :
a) REALITI
b) PEMIKIRAN
Contohnya adalah kes Nabi Yusuf tadi , Nabi Yusuf dan Zukaikha sama2 tertarik antara satu dengan lain kerana adanya Realiti .Bagi Nabi Yusuf ,zulaikha adalah realiti yg dapat mempengaruhi Naluri Seksualnya (gharizatu an-nau’) .Begitu juga halnya dengan Zulaikha ,baginya Nabi Yusuf adalah realiti yg dapat mempengaruhi Naluri Seksualnya (gharizatu an-nau). Sehinggalah sama2 tertarik antara satu sama lain.
Orang yg berbelanja disupermarket akan terdorong Naluri Mempertahankan diri-nya (gharizatu al-baqa’) kerana melihat banyak realiti , iaitu bermacam-macam barangan seperti pakaian , kasut dan lain-lain.Semua barangan tersebut merupakan realiti
yang dapat mendorong Naluri mempertahankan diri(gharizatu al-baqa’) seseorang itu , sehingga dia membelinya . Malah kadang-kadangnya sampai orang itu binggung untuk memilih kerana semua barangan yg ada telah mendorong Naluri mempertahankan diri-nya (gharizatu al-baqa’) dan kalau boleh semuanya hendak dibelinya .
Orang yang takziah kepada org yg telah meninggal dunia, pasti akan mengingatnya kepada kematiannya kelak , serta menimbulkan rasa takut pada dirinya apabila meninggal dunia , sedangkan dirinya belum siap kerana masih banyak dosa . Perasaan semacam ini juga dating daripada orang yang melihat realiti ,iaitu jenazah yg dimandikan ,dikafankan , disolatkan dan kemudian dikuburkan yang mana pasti akan sendirian didalam kubur. Sesiapa yg menyaksikan akan dapat membayangkan entah bagaimana pula bila dia meninggal dunia nanti .
Inilah pengaruh REALITI terhadap manusia
Disamping realiti,.. PEMIKIRAN juga tak kalah kuatnya dalam mempengaruhi Naluri manusia . Apabila seorang lelaki membayangkan seorang wanita , maka dorongan syahwatnya akan tumbuh ,meskipun ketika membayangkan itu , realitinya tidak ada dihadapannya . Seseorang yg membayangkan betapa hebatnya memiliki rumah yg indah , kenderaan peribadi , serta keperluan yg serba cukup , pasti akan mendorong keinginannya untuk memiliki semua itu . Begitu juga apabila seseorang membaca Al-Quran , kemudian merenung isinya , seperti antara lain tentang kenikmatan surga , lalu timbul kerinduannya untuk mendapatkannya .
Semua contoh tersebut kesan daripada PEMIKIRAN
Kedua-dua aspek inilah yg mempengaruhi timbulnya NALURI MANUSIA.
Oleh kerana kedua-dua aspek yang mempengaruhi timbulnya NALURI manusia itu adalah datangnya dari aspek luaran , Maka apabila dorongan tersebut timbul , ianya tidak semestinya wajib dipenuhi .Dan apabila naluri tersebut tidak dipenuhi pun , ianya tidak akan mengalami kerosakkan ,bahkan takkan sampai sehingga boleh membawa maut. Naluri walaupun tidak dipenuhi , ia tidak akan membawa kepada akibat-akibat seperti itu . Sungguh pun begitu , NALURI tidak pula boleh dibunuh atau dihancurkan (dimusnahkan). Yang memungkinkan ,hanya dengan mengalihkannya kepada yang lain , atau ditekan .
Contohnya kecintaan kepada isteri boleh dialihkan kepada ibu.Kerinduan kepada isteri , bagi seorang suami yg jauh meninggalkan isterinya , dapat dialihkan dan dikalahkan dengan naluri yg lain . Caranya adalah dengan menjauhi realiti yg boleh membangkitkan naluri tersebut , misalnya tidak berinteraksi dengan wanita , tidak melihat gambar isteri dan anak-anaknya ,ataupun tidak menyibukkan pemikirannya dengan keluarganya . Kemudian pemikirannya dipenuhkan dengan hal-hal lain , antara lain dengan Zat Al-Wakil(Zat Yang Maha Mewakili) yg mampu mewakili urusannya , yang menjadi tempatnya berserah untuk menyerahkan seluruh urusan keluarganya .
Meskipun demikian , tidak bererti bahawa naluri tersebut dapat dilumpuhkan secara total . Sebab naluri tersebut merupakan sebahagian daripada fitrah manusia . Kerana itu, mengalihkan naluri tidak akan menyebabkan perubahan fitrah manusia . Malah sedikit pun tidak mempengaruhi kewujudan fitrah tersebut .
Contoh lain, tentang pengalihan pemenuhan naluri tersebut adalah sebagaimana yg dinyatakan oleh Baginda saw , apabila Baginda memerintahkan puasa kepada pemuda yg mempunyai hajat kuat untuk berkahwin (yg mana pemuda itu didorong kuat oleh naluri seksual-nya) , sedangkan dia belum mampu membina rumahtangga .
Sabda Baginda saw ;
“Wahai para pemuda , sesiapa saja diantara kamu yang mampu berumahtangga , maka menikahlah . Sebab menikah itu dapat menundukkan pandangan dan membentengi kemaluan . Namun , sesiapa sahaja yang tidak mampu , maka hendaknya berpuasa , sebab puasa itu dapat menjadi benteng (bagi seseorang).”
: Hadith Riwayat Bukhari
Puasa yang diperintahkan oleh Nabi saw dalam kes tersebut adalah agar seseorang yang mempunyai keinginan kuat untuk menikah, kerana dorongan Naluri seksual-. nya(gharizatu an-nau) ,dapat memalingkan dorongan tersebut kepada dorongan Naluri beragama (gharizatu at-taddayyun) . Sebab puasa adalah ibadah, dan tiap ibadah mempunyai tujuan yg ingin dicapai , iaitu meningkatkan kekuatan Ruhiyah (spiritual ) seseorang .Dengan spiritual yang meningkat , Naluri Seksualnya(gharizatu an –nau-) dapat dikendalikan sehingga boleh ditekan .
09 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan