HAKIKAT MANUSIA MENURUT ISLAM
Apabila kita katakan bahawa 1) manusia itu merupakan ‘material” atau ‘benda”(madah), ianya adalah satu pemikiran .maksudnye ia adalah sesuatu yg kita dapat memahami maksudnye sebagai satu pemahaman(mahfum).
Kemudian bila kita katakan pula bahawa 2) “manusia terdiri daripada rohani dan jasmani, ianya juga adalah satu “pemikiran”.
Tapi pemikiran yg pertama1),iaitu bahawa manusia merupakan material (madah)adalah pemikiran yg bersifat haqiqiah (nyata).Sebab, dapat kita buktikan kenyataannya.
Sedangkan pemikiran yg.kedua 2),iaitu bahawa manusia terdiri daripada rohani dan jasmani adalah pemikiran yg.bersifat allahaqiqiah (tidak nyata).Sebab,ianya tidak dapat kita buktikan kenyataannya secara menyeluruh dari pernyataan itu.
Pemikiran yg. pertama dapat membentuk mahfum (kefahaman ) yg jelas.
Sedangkan pemikiran yg kedua tidak dapat membentuk mahfum kefahaman yg jelas.
Ini kerana pemikiran yg pertama tadi buktinya dapat kita jumpa sehingga apa yg dimaksudkan oleh pernyataan itu, maknanya dapat kita fahami dan dapat pula kita bayangkannya.
Namun pernyataan pemikiran yg kedua,maknanya kita tak dapat faham,sebab realitinya tak ada!!!
Bila kita sebut soal “PEMIKIRAN”, adakah pemikiran itu bersifat NYATA atau bersifat IMAGINASI??
Untuk menentukannya adalah dgn melihat kesesuaiannya dgn realiti sekeliling yg ada.
Bila apa yg dinyatakan oleh satu-satu pemikiran itu sesuai dgn realitinya, maka pemikiran tersebut adalah pemikiran yg haqiqiah!(nyata) dan sebaliknya pula,apabila pemikiran itu tidak sesuai dgn realitnya,Maka pemikiran itu adalah pemikiran yg Khada’(menipu)!!!!atau khayaliyah (utopis).
Apabila manusia disebut sebagai material atau benda , maka sebutan tu jelas tidak menipu.
Sebab kenyataannya memang begitu!!Realitinya ada!!Ini sebab kita boleh indera!kita boleh raba secara langsung.Di samping itu pula , gerakkan-gerakkan yg mana adalah perbuatan anggota tubuh-badan , pun dapat kita indera dan kita raba!!
Oleh kerana adanya gerakkan-gerakkan itu , maka kita dapat faham hakikat adanya NYAWA (yg kita panggil juga ROH).Sampailah kita dapat faham bahawa manusia ada nyawa.Tapi makna roh (nyawa) itu,…..kita cuma dapat memahami kewujudannya hanya sampai setakat itu saja.Sebab apabila rohnya telah dicabut, ia sudah tidak bergerak langsung.Ketika itu yg ada cuma tubuh yg mana adalah material,jasad atau benda mati..
Benda yg tak boleh bergerak kecuali digerakkan!! Alasan yg sama juga digunakan oleh ahli-ahli saintis dan ilmuwan2 dunia dalam menyetujui bahawa tumbuh-tumbuhan adalah benda mati.Yg disebut sebagai ‘Abiotic’.
Tapi haiwan!!walaupun tak sama dgn manusia ,tetap disebut ‘Biotic’.Alasannya , ia mempunyai nyawa dan melalui gerakkan-gerakkannya itu,jelas! adanya kehidupan!!
Inilah yang dijelaskan oleh Allah SWT dlm surah Al-Isra’:85 ,terjemahannya:
“ Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad)tentang Roh,katakanlah: Roh itu merupakan urusan Tuhanku,dan kalian tidak akan diberi pengetahuan tentangnya,melainkan sedikit”
Jadi,kita cuma dapat tahu yg. kita ini ada roh,sebab dgn melihat adanya gerakkan-gerakkan tu..yakni dgn cara fizikalnya.Dgn kata lain ,manusia mempunyai roh,kerana dia masih nampak bergerak.Cuma ini sajalah yg dapat difahami dan dapat pula membentuk mahfum(pemahaman)
Lebih daripada itu,hanya sebab kita tahu manusia itu tadi ada jasad (material)atau benda!!,Maka org mengatakan bahawa manusia itu terdiri daripada rohani dan jasmani,Yg ada realitinya yakni yg kita boleh pegang,boleh raba ,adalah Jasmani!!
Kemudian mereka kata ,melalui gerakkan2 tu ,(yakni bahagian yg tidak nampak) , adalah Rohani. “Ini adalah kenyataan yg tidak ada realitinya”, macammana sesuatu yg tidak nampak nak dibuktikan kenyataannya!!!sebab apabila yg dimaksudkan dgn Roh itu adalah bahagian yg tidak nampak , jadi bagaimana mungkin manusia dapat membuktikan realiti Roh tersebut dalam diri manusia??sampai boleh membentuk mahfum??(Pemahaman)??Sebab yg nampak dari kewujudan Roh tersebut cuma gerakan-gerakan manusia , sedangkan gerakan2 tu yg jelas cuma material (benda) semata-mata!!!Hakikatnya manusia itu hanyalah material (benda) saja.
Sedangkan ROHANI yg didakwa oleh org-ramai sebagai bahagian dari manusia,sebenarnya berasal dari pemahaman org-org barat kerana pengaruh falsafah YUNANI KUNO ,yg mengatakan bahawa roh itu sebahagian dari manusia.
Jadi!! Kenyataan bahawa manusia terdiri daripada rohani dan jasmani ,adalah satu kenyataan yg TIDAK BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI SATU PEMIKIRAN.
Dan Roh itu adalah merupakan limpahan dari Zat Allah SWT.Apabila Roh itu mendominasi material,maka manusia akan tinggi peribadinya.Sehinggalah tingkah-lakunya (suluknya) tadi akan mendekati kesempurnaan Ilahiyah.Macam para2 nabi dan Rasul2.
Tetapi apabila material tersebut mendominasi roh , maka tingkah-lakunya (suluknya) akan rendah.
Roh yg didakwa ini sebenarnya bukanlah bahagian daripada diri manusia!!
Dan roh ini juga bukan nyawa !!, sebab nyawa tidak dapat mempengaruhi tinggi atau rendahnya tingkah-laku(suluk)manusia!! Sebagai buktinya kita lihat haiwan.haiwan mempunyai roh(nyawa)akan tetapi haiwan tak mempunyai rohani.
Oleh itu,roh yg diertikan sebagai Rohani itu , sesungguhnya bukanlah merupakan bahagian daripada manusia!!tetapi ianya adalah kenyataan yg berada diluar daripada diri manusia.,yg mana kemudiannya diperolehi manusia disebabkan kemanfaatan potensi akal yg diberikan oleh Allah SWT kepadanya.
Iaitu apabila akal tersebut digunakan untuk memahami hubungannya dgn kewujudan Allah SWT sebagai Sang Pencipta dirinya , alam dan kehidupan yg ada dipersekitarannya.
Maka “ROHANI “ tersebut maksudnya adalah KESEDARAN MANUSIA AKAN HUBUNGANNYA DGN MAHA PENCIPTA (ALLAH SWT)
Apabila kesedaran tersebut naik ,maka kualiti tingkah-laku(suluk) seseorang akan meningkat.Dan ini bukan diperolehi dgn mudah begitu saja , melainkan mesti adanya usaha daripada manusia dalam menumbuhkan kesedaran akan adanya hubungan antara dirinya , alam, dan kehidupannya dgn Allah SWT.
Maka Allah SWT selalu mengingatkan :-
“Dan didlm dirimu (terdapat tanda2 kebesaran Allah ) tidakkah kamu memikirkannya?”
-Surah Az-Zariyat : 21
“Sesungguhnya tentang penciptaan langit dan bumi , serta perubahan siang dan malam itu terdapat tanda –tanda kebesaran Allah bagi orang2 yg mempunyai akal ( ulil-albab)Iaitu apabila org2 yg sentiasa mengingat Allah apabial berdiri ,duduk dan berbaring serta berfikir tentang penciptaan langit dan bumi,(seraya mengatakan) :
‘Tuhanku , tidaklah sia-sia Engkau ciptakan semua ini.Maha Suci Engkau maka selamatkanlah kami dari azab neraka”- Surah Ali Imran : 190
Oleh itu ,kedudukan manusia sebagai makhluk yg dimuliakan oleh Allah SWT kerana potensi yg diberikan kepadanya akan terwujud. Yang mana apabila Akalnya digunakan untuk meningkatkan kualiti hidupnya
setelah kualiti tingkah-lakunya meningkat! Maka dengan itu ,tamadun yg dihasilkannya juga menjadi tamadun yg tinggi , sesuai dengan fitrah mereka .
Dan disinilah letaknya perbezaan yg jelas antara manusia dan haiwan.
Manakala haiwan adalah material yg tidak diberi akal , sehingga kualiti tingkah-laku (suluk)-nya tetap rendah.Tidak bermartabat , dan dihinakan.
*************************************************************************
POTENSI KEHIDUPAN MANUSIA
Jika hendak memahami dgn lebih jelas siapa manusia itu , Maka ,"manusia" mestilah dikaji sebagai objek yg menyeluruh dan mendalam dengan memahami potensi kehidupan yg mempengaruhinya.
SEBAB!! Potensi kehidupan inilah yg akan menentukan pemahaman berikutnya , tentang apa dan bagaimana manusia melakukan tingkah –laku .Disamping itu juga , pemahaman dalam masaalah ini akan sgt mempengaruhi pandangan setiap muslim , khasnya pengemban dakwah dalam menyelesaikan setiap masaalah yg dihadapinya .
Apabila kita katakan manusia itu merupakan makhluk hidup yg diberi pemikiran , maka ini adalah suatu kenyataan . Di dalam diri manusia terdapat khasiat yg sama dengan makhluk hidup yg lain!! , JUGA adalah suatu kenyataan .
KHASIAT yg dimaksudkan disini adalah keistimewaan dalam bentuk potensi khas yg diberikan oleh Allah SWT kepada ‘BENDA’ , sehingga BENDA tersebut dapat memberikan sesuatu atau dapat digunakannya untuk menghasilkan sesuatu .
Seperti ‘kemampuan berfikir’ , ‘pertumbuhan dan proses pembesaran’ , ‘kepayahan’ , ‘keletihan dan mengantuk’:- yg merupakan kesan daripada KEPERLUAN JASMANI .
Seperti ‘berkembang-biak generasi ‘,’merasa kasih-sayang’ , ‘perasaan seorang bapa’ , ‘perasaan keibuan’ :- yg merupakan kesan daripada NALURI SEKSUAL
Seperti ‘mempertahankan diri dan kedudukan’ , ‘suka pada sesuatu ‘, ‘keinginan untuk berkuasa ‘, ‘ingin memiliki harta ‘, ‘rasa marah ‘,’ selesa ‘dan’bangga ‘:- yg merupakan kesan daripada NALURI MEMPERTAHANKAN DIRI .
Seperti ‘merasa lemah’ dan ‘mempunyai keperluan yg mesti dipenuhi’ , ‘perasaan takut’ dan kemudian “tenang kerana melakukan ketaatan’ :- yg merupakan kerana wujudnya kesan NALURI MENSUCIKAN SESUATU / NALURI BERAGAMA (MENGHARAPKAN SESUATU)
Termasuklah perasaan –perasaan lain yg mendorong seseorang itu agar dia memenuhi kehendak dorongan-dorongan itu .Semua ini mendorong dirinya untuk melakukan tindakan perbuatan dalam tujuan memenuhi tuntutan perasaan-perasaan tersebut .
Tetapi , walaupun dalam dirinya ada dorongan yg kuat agar perasaan-perasaan dan keperluan tersebut dipenuhi , namun yg menentukan sama ada ianya akan dipenuhi atau tidak dipenuhi , bergantung kepada kefahaman (mahfum)masing-masing tentang dorongan-dorongan tersebut .
Dan disinilah sekali lagi apa yg membezakan antara manusia dengan haiwan .SEBAB!!!
Haiwan mempunyai keperluan jasmani dan naluri , tetapi tidak mempunyai AKAL yg mana oleh sebab itu haiwan tidak mempunyai mahfum!!(kefahaman).
Disebabkan tidak mempunyai AKAL dan mahfum , lalu dalam memenuhi dorongan keperluan jasmani dan nalurinya , haiwan menggunakan TAMYIZ GHARIZI.
TAMYIZ GHARIZI :- kemampuan untuk membezakan , yg ada pada haiwan , dimana ianya bersifat naluriah kerana adanya penginderaan keatas sesuatu secara berulang-ulang.
Seperti bila haiwan tersebut makan . MENGAPA MAKAN RUMPUT????
Bagaimana caranya ia tahu bahawa dihadapannya itu adalah rumput??
Contoh lagi ; Haiwan tidak pernah mendapatkan pendidikan seks ( sebab pendidikan seks hanya dapat diberikan kepada manusia) .
Namun haiwan dapat melakukan hubungan seksual dgn haiwan betina yg sejenis!!
Misalnya anjing dgn anjing!! Dan hanya akan memasukkan zakarnya kedalam vagina haiwan betina , bukan ketempat yg lain .Ini semuanya merupakan Tamyiz Gharizi .Sebab cara tersebut tidak pernah berubah .
Berbeza dengan manusia!!Manusia boleh merubah cara dalam melakukan hubungan seksualnya!! Adakala nya dengan cara liwat , kadang kala lain pula jadinya dengan cara oral sex dan sebagainya .
Semua itu dapat dilakukan oleh manusia disebabkan Manusia Diberi Akal.
JIKA BEGITU,……..
APAKAH POTENSI MANUSIA DAN HAIWAN ITU SAMA??
JAWABANNYA MESTILAH DITELITI TERLEBIH DULU
Apabila tajuk soalan yg dibincangkan diatas adalah Potensi Kehidupan….,
Maka jawabannya adalah :- Ya !! Potensi Kehidupan manusia dan haiwan itu sama.
Sebab yg dimaksudkan dengan Potensi Kehidupan disini adalah :-
Ciri-ciri khas yg diberikan oleh Allah SWT (Maha Pencipta), yang membolehkan tiap-tiap makhluk untuk hidup.
Dan apabila kita perhatikan dengan mendalam , ………
Potensi Kehidupan tersebut hanya ada dua iaitu :-
1) Keperluan Jasmani (al –hajat al-udhuwiyah)2) Naluri (al-gharizah)
Sedangkan AKAL (fikiran) , tidak termasuk dalam Potensi Kehidupan.
Sebab manusia masih dapat hidup meskipun hilang akal.Contohnya seperti orang gila atau bayi yg belum sempurna akal nya.
Sungguhpun begitu AKAL tetap merupakan Potensi Manusia ., Malah ianya sebagai Potensi yg terpenting baginya .Sebab AKAL itulah yang membezakan manusia dengan makhluk lain…
Tubuh manusia yang dapat dipegang , diraba (diindera) , sebenarnya terdiri daripada pelbagai sel , dengan bentuk , warna dan tugas yg berbeza.Jumlahnya lebih daripada 200 Billion Sel.Setiap sel tediri daripada membran (dinding sel) dan nucleus (inti sel) ,Yang dikelilingi Sitoplasma.Sitoplasma ini mengelilingi inti sel yang terdiri dari beberapa kromosom.Jumlahnya 46 Kromosom saja.,Tak lebih! Tak kurang!!Yang semuanya terdapat di dalam sel sperma lelaki dan sel telur perempuan.
Mengenai struktur tubuh manusia , tidak ada perbezaan antara seorang dengan seorang yg lain dari segi fungsi dan dari segi struktur organ tubuhnya . Biar apapun warna , bentuk ataupun penampilannya . Masing-masing ada hati , mata , hempedu , serta organ tubuh yang lain . Dan setiap anggota tubuhnya terdiri daripada sel-sel yang telah diterangkan tadi.Sehingga menjadikan setiap manusia perlu makan , bernafas , bergerak , tidur dan rehat .
Hakikat bahawa setiap tubuh manusia memerlukan hal-hal tertentu adalah Khasiat yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia . Inilah yang disebut:- “KEPERLUAN JASMANI”.
Dan Keperluan Jasmani adalah sesuatu yang mesti dipenuhi . Lalu untuk memenuhi keperluan itu , manusia memerlukan Keadaan , Benda serta Aktiviti tertentu
:-Keadaan yang diperlukan oleh tubuh manusia ,antaranya seperti Tidur , Rehat dan Suhu udara tertentu .
:-Benda yang diperlukan oleh manusia contohnya seperti makanan , oksigen , air.
:-Aktiviti tertentu yang dilakukan antara lain seperti makan , minum , bernafas , buang air besar , dan sebagainya .
Inilah yang dikatakan KEPERLUAN JASMANI manusia , iaitu :-
Keperluan yg wujud kerana kesan daripada kerja struktur organ tubuh manusia
Makanan adalah benda yg diperlukan oleh tubuh untuk membentuk tenaga ,kerana adanya zat-zat tertentu dalam makanan tersebut yg sesuai untuk keperluan tubuh .
Apabila zat yg diperlukan oleh tubuh itu tidak di penuhi , maka tubuh manusia akan mengalami gangguan atau kerosakkan . Dari sinilah , biasanya penyakit bermula .
Itulah gambaran tentang Keperluan Jasmani.
***********************************************************
Disamping itu , terdapat hakikat lain yg lahir dari dalam diri manusia , yang juga perlu dipenuhi . Bezanya hakikat ini lahir bukan daripada kesan kerja organ tubuh manusia , melainkan daripada luar diri manusia seperti :
:-‘Ketakutan’ , ‘ ingin berkuasa’ ,’cinta pada tanahair’,’cinta kepada bangsa dan ingin menguasai bangsa lain’, adalah hakikat yang muncul daripada diri manusia.
:-‘Keinginan kepada lawan jantina’, ‘perasaan keibuan’, ‘menyayangi anak’,’mengasihi orang lain’,’perasaan hiba kepada orang yg memerlukan bantuan’,JUGA merupakan hakikat yg muncul daripada diri manusia
:-‘Rasa kagum kepada orang lain’,’perasaan rendah diri’,’memerlukan kepada orang lain’,’menghormati orang lain’ dan sebagainya , JUGA merupakan hakikat yang muncul daripada diri manusia .
Semuanya ini mendorong manusia untuk melakukan aktiviti tertentu supaya dorongan tersebut dapat dipenuhi . Namun dorongan tersebut berbeza dengan dorongan daripada Keperluan Jasmani . Sebab keperluan jasmani tersebut timbul sebagai kesan daripada kerja organ tubuh manusia.
Sedangkan hakikat yang kedua ini, timbul sebagai kesan daripada aspek luaran tubuh manusia . sebagai contoh ; apabila manusia makan dalam keadaan lapar,maka aktiviti tersebut dilakukan untuk memenuhi keperluan jasmani . Namun , selalu juga kita lihat orang makan walaupun sudah dalam keadaan kenyang.. Maka aktiviti tersebut bukan dilakukan kerana dorongan keperluan jasmani , tetapi kerana dorongan Naluri .
Bukan kerana dorongan lapar!! tetapi mungkin kerana ingin tahu kesedapannya atau kerana tidak mahu mengecilkan hati tuan rumah yg menjamu makanan , atau pun kerana dorongan perasaan yang lain-lain.
JADI:……INILAH YANG DIKATAKAN :- “ NALURI”
NALURI berbeza dengan KEPERLUAN JASMANI
Dalam konteks inilah , Allah SWT telah berfirman melalui lisan Nabi Musa as :-
“Tuhan kami(iaitu) Tuhan yang telah menganugerahkan kepada tiap sesuatu dengan bentuk kejadiannya , kemudian memberinya petunjuk.”
:-Surah Thaha ; 50
Ini bererti Allah SWT telah menciptakan khasiat , kemudian Allah memberikan petunjuk kepada manusia maupun haiwan agar menggunakan khasiat tersebut untuk melakukan aktiviti , iaitu dalam rangka memenuhi keperluan jasmani dan naluri.
Sebahagian ulama menafsirkan ayat tersebut ,bahawa Allah SWT telah menciptakan haiwan betina untuk haiwan jantan ,supaya dapat melakukan hubungan jenis termasuklah bagaimana cara melakukannya.Didalam ayat lain pula Allah SWT secara amnya menerangkan hal yang sama,berkenaan dengan adanya khasiat yang diberikan oleh Allah SWT , sama ada berupa keperluan jasmani maupun naluri.
“Zat Yang menciptakan dan menyempurnakan(penciptaannya) dan Yang menentukan kadar (keistimewaan masing-masing) dan memberikan petunjuk.”
:- Surah Al-A’la : 2-3
***********
KEISTIMEWAAN PERTAMA MANUSIA : KEPERLUAN JASMANI
Keperluan jasmani manusia merupakan keperluan asas , yang lahir daripada kesan kerja struktur organ tubuh manusia. Jika keperluan asas tersebut tidak dipenuhi , maka struktur organ tubuhnya akan mengalami kerosakan . Contohnya , jika tubuh manusia kekurangan air , maka fungsi organ tubuhnya akan mengalami gangguan dan kemudiannya akan menyebabkan penyakit.Penyakit Ginjal adalah contoh penyakit yang disebabkan kekurangan air dalam tubuh.
Kadang-kadang pula , keperluan jasmani , adalah berkenaan dengan peredaran zat yang ada didalam tubuh . Contonya , Karbon dioksida , bila ianya tidak dapat dikeluarkan dalam bentuk kentut ,akan menyebabkan perut mual dan sakit berterusan . Sama juga seperti sisa zat makanan yang tidak dapat dikeluarkan dengan buang air besar , juga akan mengalami sakit dan mual dan sebagainya . Seperti juga apabila seseorang berada dalam keadaan kekurangan oksigen, maka akan mengalami sesak-nafas dan mungkin akan membawa kepada kematian .
Inilah bentuk Keperluan jasmani . Jadi Keperluan Jasmani ini merupakan keperluan organ tubuh,yang berkenaan dengan kadar tertentu ,yang telah ditetapkan oleh Allah SWT bagi manusia dan haiwan .Apabila kurang!, Atau melampaui kadar tersebut!,maka tubuh manusia akan mengalami gangguan (penyakit).
Dalam hal ini Allah SWT telah memberikan isyaratNya :-
“Dan diantara tanda-tandaNya , (Dia ciptakan) tempat untuk tidur kamu di waktu malam dan siang”.Surah Ar-Rum : 23
“Ini adalah manusia biasa , yang masih memerlukan makan sama dengan apa yang kamu makan , dan minum sama dengan apa yang kamu minum”. Surah Al-Mukminun : 33
Pada kadar tertentu , keperluan jasmani ini wajib dipenuhi.
Sebab apabila tidak dipenuhi , akan menimbulkan kerosakkan dan kematian..Maka ia merupakan keperluan asas manusia yang wajib dipenuhi .Oleh sebab itulah, maka sesuatu yang asalnya haram pun, diharuskan oleh Allah SWT untuk org2 yg. memerlukannya . Kerana jika keperluan asasnya tidak dipenuhi , akan menyebabkannya binasa .
Firman Allah SWT.
“Maka sesiapa sahaja yang dalam keadaan terpaksa , tanpa unsur kesengajaan dan penentangan , maka tiada dosa baginya”, surah Al-Maidah : 3
Ayat diatas diterangkan oleh Allah SWT dalam konteks keharaman bangkai , darah , daging babi dan sebagainya , yang kemudian dibolehkan oleh AllahSWT kepada org2 yang dalam keadaan terpaksa , kerana untuk mempertahankan hidupnya. Sebab jika tidak memakannya, akan menyebabkan kematian .
Nabi Muhammad saw juga tidak menjatuhkan hukuman pada org yang mencuri pada zaman kebuluran kerana untuk memenuhi keperluan asasnya .
“ Tiada hukuman potong tangan ( kepada pencuri apabila mencuri) pada
zaman kebuluran yang sangat”, Hadis riwayat Makhul.
Kerana sebab yang sama juga Umar Al-Khattab tidak menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seorang pencuri yang mencuri pada zaman kebuluran semata-mata kerana untuk memenuhi keperluan asasnya .
Kesimpulannya , Memenuhi keperluan Jasmani ini merupakan suatu pemenuhan yang wajib dilakukan . Jika tidak dipenuhi atau dipenuhi dengan tidak mengikuti kadar tertentu , akan mendatangkan kesan yang buruk pada diri seseorang seperti kerosakkan , ketidakstabilan, kehancuran , penyakit maupun kematian . Oleh itu manusia wajib berusaha memenuhi keperluan Jasmaninya , agar tidak ditimpa kerosakkan. Meskipun hukum asal berusaha untuk memenuhinya adalah mubah (harus) , tapi jika sudah sampai pada batas yang boleh menimbulkan kemudaratan apabila tidak dipenuhi , maka pemenuhan itu menjadi wajib.
Makan contohnya , ia adalah aktivit mubah ( harus) yang menjadi wajib dipenuhi apabila menimbulkan kerosakkan . Begitu juga dengan kewajiban bekerja , adalah berdasarkan kadar sama ada sudah cukup keperluan asas atau tidak . Bila keperluan asasnya tidak cukup , maka bekerja mencari nafkah keperluan asas, hukumnya wajib .Tapi jika keperluan asasnya telah cukup , maka hukum mencari keperluan seperti ini (keperluan mewah) hukumnya Mubah (harus)saja.
Disamping itu Keperluan Jasmani adalah semata-mata keperluan yang lahir dari dalam tubuh manusia , yang tidak ada hubunganya dengan unsur luaran .Contohnya rasa lapar , Bila telah cukup rasa kenyang , maka walaupun ada makanan yang lazat , tidak akan mampu membangkitkan selera makan seseorang itu , sampailah perutnya menjadi lapar semula . Jika timbul juga keinginan untuk memakan makanan yang lazat itu , Hal itu hakikatnya bukan kerana lapar , melainkan kerana dorongan Naluri ingin tahu , ingin mencuba dan sebagainya , sehingga makanan tersebut dimakan juga . Inilah gambaran secara umum tentang Keperluan jasmani manusia .
******************************************************************************
09 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan