09 September 2008

KEPERIBADIAN MANUSIA MENURUT ISLAM

Ada dua fenomena yang nampak pada diri manusia .Pertama adalah fenomena performance (penampilan fizikal) manusia seperti bentuk tubuh ,wajah dan pakaian . Kedua adalah fenomena yang berupa aktiviti dan gerak-geri.Kerana itulah maka ramai orang salah menilai , apabila ingin membina keperibadian manusia yang unik . Ada yang menganggap , bahawa performance manusialah yang mempengaruhi keperibadiannya . Tentu ini merupakan kesimpulan dari pemikiran yang dangkal , tanpa didasari analisa dan hujah yang kukuh .Sebab yang membezakan antara seorang manusia dengan seorang yang lain , adalah perbuatannya . Kesimpulan (akumulasi) perbuatan yang merupakan gambaran daripada (suluk)tingkah-laku , itulah yang menentukan tinggi atau rendahnya keperibadian seseorang .Sedangkan suluk seseorang amatlah ditentukan oleh mahfumnya. Kerana itu suluk tersebut pastinya tidak akan terpisah daripada mahfum seseorang .
Suluk seseorang itu sendiri merupakan akumulasi(accumulations/kesimpulan) daripada perbuatannya . Sedangkan perbuatan manusia hakikatnya merupakan bentuk pemenuhan manusia keatas dorongan yang lahir daripada keperluan jasmani dan naluri.

Tidak satu pun perbuatan manusia dilakukan untuk memenuhi kepentingan yang lain selain hanya untuk memenuhi dua keperluan tersebut ,iaitu keperluan jasmani dan naluri .
Contohnya aktiviti makan .
Aktiviti tersebut dilakukan oleh seseorang untuk memenuhi rasa laparnya .Tidur dilakukan untuk memenuhi rasa mengantuknya.Duduk dan menggerakkan anggota tubuh yang lain dilakukan kerana rasa letihnya .Demikian juga dengan bekerja , dilakukan oleh manusia untuk memenuhi ‘gharizatu al baqa’nya (naluri mempertahankan diri) . Sama ada untuk mempertahankan diri agar tetap dapat hidup, maupun untuk meningkatkan kualiti kehidupan materialnya (yakni mencari keperluan mewah) . Belajar mencari ilmu , membaca, mengikuti berita dan sebagainya , dilakukan oleh seseorang ,juga kerana dorongan gharizatu al baqa nya atas sebab yang sama agar dapat bersaing dengan manusia yang lain.Menikah ,menyayangi anak ,isteri ,keluarga ,termasuk mencurahkan kasih-sayang kepada orang tua adalah aktiviti yang didorong oleh ‘gharizatu an nau’ seseorang untuk mempertahankan keturunan dan keluarganya agar tetap ‘survive’.Seperti hal solat , berdoa ,zikir , munajat , puasa , zakat ,jihad , haji ,ataupun yang lain2 , dilakukan oleh seseorang kerana dorongan ‘gharizatu at tadayyun’ nya .Sama ada untuk mengagungkan Zat Yang Maha Agung , mencurahkan kelemahan dirinya , meluahkan isi hatinya , maupun untuk yang lain . Meskipun yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan adalah keperluan jasmani dan nalurinya , namun tidak secara automatic dorongan tersebut akan langsung dipenuhi oleh manusia . Sebab ,yang menentukan sama ada dorongan tersebut dipenuhi atau tidak , adalah kecenderungan dan mahfum seseorang itu. Oleh kerana itu , yang membentuk keperibadian seseorang itu sesungguhnya adalah mahfum dan muyulnya(kecenderungan).Dengan demikian ,keperibadian seseorang itu hakikatnya merupakan ‘accumulate’(akumulasi) daripada cara berfikir seseorang dalam menyimpulkan reality , serta kecenderungannya pada reality tersebut .
Atau dengan istilah yang lebih sederhana , keperibadian manusia itu merupakan akumulasi daripada aqliyah dan nafsiyahnya. Inilah yang digambarkan oleh baginda saw ;
“Sesungguhnya Allah tidak menilai keatas rupa kamu serta harta kekayaan kamu ,akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatan kamu.”
(Hadith riwayat Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Unsur keperibadian manusia yang pertama : Aqliyah
Apabila Aqliyah disebut-sebut sebagai salah satu unsur (komponen) yang membentuk keperibadian manusia , maka ianya merupakan satu kenyataan yang jelas.Namun apa dan bagaimana sesungguhnya Aqliyah itu??
Kata aqliyah berasal dari bahasa Arab ,iaitu dari kata ‘aqal’ yang ditambah dengan huruf ya’ an nisbat ,yakni huruf yang berfungsi untuk menisbatkan kepada kata yang diberi huruf tersebut . Biasanya huruf tersebut berfungsi untuk mengubah kata benda kepada kata sifat . Jadi, pengertian Aqliyah menurut bahasa adalah sesuatu yang berkaitan dengan Akal dan yang sejenis dengannya ,yang mempunyai sifat-sifat Akal
Sedangkan Akal itu sendiri ,sebagaimana dikemukakan dalam perbahasan sebelumnya adalah kekuatan yang dapat digunakan untuk mengambil kesimpulan tentang sesuatu. Dengan pernyataan yang lebih tegas , Akal adalah kemampuan untuk memutuskan reality tertentu , baik yang berkenaan dengan perbuatan mahupun benda,yang diasaskan pada pandangan hidup tertentu.Dengan demikian makna ‘Aqliyah’ tersebut tidak akan terkeluar dari makna ‘Akal’.Maka ‘Aqliyah’ ditakrifkan sebagai Cara(method) yang digunakan untuk memahami atau mengambil kesimpulan tentang reality tertentu.

Dengan kata lain ,Aqliyah adalah cara yang digunakan oleh seseorang untuk mengaitkan reality yang dihadapi dengan maklumat awal yang dimiliki , dengan cara mengembalikannya kepada satu kaedah atau beberapa kaedah tertentu . Itulah yang disebut dengan Aqliyah manusia . Kerana itu ,Aqliyah juga dapat digambarkan sebagai cara manusia untuk :
1) Memutuskan atau menyimpulkan , dan
2) Mengaitkan antara reality dengan maklumat tertentu , dengan menggunakan standard sebagai kaedah tertentu .
Sedangkan standard yang menjadi kaedah tertentu ,yang digunakan untuk mengaitkan antara reality dengan maklumat tersebut , adakalanya berupa standard perbuatan (miqyas al-amal) iaitu kaedah syara’:

“Hukum asal perbuatan manusia adalah terikat dengan hukum Allah”

Kaedah ini berlaku ,untuk memutuskan atau menyimpulkan reality yang berkenaan dengan perbuatan (al-Af’al) .Tentu saja kaedah ini berlaku bagi orang Islam yang menjadikan Aqidah Islam sebagai ASAS BERFIKIRNYA!!, yang mendorongnya untuk mengikatkan diri kepada hukum syara’ ketika melakukan perbuatan .
Sehinggalah ,; hukum asal perbuatan orang Islam adalah mengikut hukum syara’ .

Kaedah yang menjadi standard tersebut tentu berbeza-beza antara satu orang manusia dengan satu orang manusia yang lain . Yang mana perbezaan itu terjadi mengikut Aqidah dan asas berfikir masing-masing . Orang Islam dengan Kapitalis mahupun Sosialis tentu berbeza kaedahnya!! Bila kaedah standard yang digunakan oleh orang Islam adalah : “Hukum asal perbuatan manusia adalah mengikut hukum syarak !!.”, Maka kaedah yang dijadikan standard oleh orang Kapitalis atau Sosialis adalah
:”Hukum asal perbuatan manusia adalah berdasarkan kepada manfaat” SEBAB , kehidupan mereka tidak terikat dengan hukum Allah , melainkan hukum yang mereka tetapkan sendiri dengan asas manfaat (yakni ada manfaat atau tidak!!)

*****************
Kaedah yang digunakan sebagai standard untuk menentukan benda pula adalah hukmu al-asya (HUKUM BENDA).Didalam pandangan Islam ,kaedah yang dijadikan standard untuk menghukumi benda adalah :

“Hukum asal benda adalah mubah (harus) ,selama tidak terdapat dalil yang mengharamkannya”

Kaedah inilah yang digunakan oleh orang Islam untuk menghukumi benda(alasya’) . Sebab, realitinya berbeza dengan perbuatan .Meskipun antara ‘perbuatan’ dan ‘benda’ adalah seumpama dua muka matawang yang tidak dapat dipisahkan , Namun kaedah antara masing-masing berbeza . ‘Perbuatan’ adalah berupa gerakkan organ tubuh , sedangkan ‘benda’ adalah material yang digunakan untuk melakukan gerakkan organ tubuh tersebut .
Oleh kerana setiap orang cara berfikirnya berbeza-beza , maka cara berfikir orang Islam dengan menggunakan kaedah tersebut berbeza dengan cara orang yang bukan Islam (non muslim) dalam melihat benda .
Bila kaedah yang dijadikan standard orang Islam adalah HALAL-HARAM ,yakni (“Hukum asal benda adalah mubah(harus) selagi tidak terdapat dalil yang mengharamkannya,”), Maka kaedah yang dijadikan standard bagi orang-orang Kapitalisme mahupun Sosialisme adalah :
”Hukum asal benda bagi mereka , ‘Apakah mempunyai nilai guna atau tidak??’

Adapun yang menentukan adanya nilai guna atau tidak,bagi sesuatu benda itu ,adalah bergantung kepada , ‘apakah masih ada orang yang memanfaatkannya atau tidak!!’. Apabila tidak ada lagi orang yang memanfaatkannya , maka benda tersebut dianggap tidak mempunyai nilai guna . Oleh itu ,ianya dipandang “haram”, dan dibiarkan .

Dari huraian diatas ,dapat diambil contoh pandangan ahli politik muslim .

Pertama, berkenaan aktivitinya .
Maka dalam melakukan aktiviti politiknya , seseorang ahli politik muslim tidak akan menghalalkan segala cara semata-mata untuk mencapai tujuannya . Sebaliknya akan sentiasa terikat dengan hukum Allah . Contohnya , seperti , tidak akan menjatuhkan lawan politiknya dengan memfitnah! , ataupun melakukan amalan Demokrasi , kerana ingin segera mencapai tujuan politiknya .
Kedua, berkenaan benda yang digunakan untuk mencapai tujuannya.
Maka dia hanya akan menggunakan benda-benda yang dihalalkan oleh Allah dalam melakukan aktiviti-aktivitinya , bukannya menggunakan benda-benda yang diharamkan . Seperti menggunakan pelacur untuk menjerat lawan politik agar jatuh dan sebagainya .

Dengan demikian , ‘Aqliyah’ seseorang yang dibentuk berdasarkan kaedah (sama ada kaedah perbuatan mahupun kaedah benda) sentiasa akan berjalan dengan konsisten dan terwujud bila ianya dibina dengan Asas Aqidah yang KUKUH.
Dimana orang yang berkenaan sentiasa terikat dan tunduk pada hokum Allah . Sebab , kesedaran untuk tunduk dan patuh pada hukum Allah tersebut , merupakan natijah daripada Iman Seseorang . Kerana itu Baginda SAW bersabda :

“Tidaklah beriman salah seorang daripada kamu , sehinggalah menjadikan Aku sebagai (standard) akalnya , yang digunakan untuk berfikir”

Dan dengan perbezaan aqidah seseorang , maka akan terjadi pula perbezaan ‘Aqliyah’.Apabila Aqidah seseorang itu adalah aqidah Islam , maka Aqliyah-nya pun Aqliyah Islam . Dan ,apabila aqidahnya adalah aqidah Kapitalisme , maka aqliyah-nya pun Kapitalisme .Apabila aqidahnya Sosialisme , maka aqliyah-nya pun Sosialisme . Jadi ,Aqidah seseoranglah yang akan menentukan sama ada ‘Aqliyah-nya Islam ,Kapitalisme ,Sosialisme ataupun Aqliyah yang lain-lain.Namun , itupun jika aqidah tersebut dijadikan sebagai asas berfikirnya!!Sebab ,adakalanya seseorang pada zahirnya beraqidah Islam ,tetapi aqidah tersebut tidak dijadikan sebagai asas berfikirnya . Maka Aqliyah orang tersebut sudah tentulah bukan berasaskan Aqliyah Islam.

Unsur Keperibadian Manusia Yang Kedua : Nafsiyah

‘Nafsiyah’ adalah salah satu unsur yang membentuk keperibadian manusia .
Ber asal dari kata ‘nafsu’ yang ditambah dengan huruf ‘Ya an-nisbat’. Jadi pengertian ‘nafsiyah’ menurut bahasa adalah sesuatu yang berkaitan dengan nafsu dan sejenis dengannya ,yang berhubungan dengan sifat-sifat nafsu.
Sedangkan nafsu itu sendiri maknanya sama dengan hawa .Iaitu kecenderungan yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu kerana dorongan Keperluan Jasmani dan Naluri-nya . Oleh kerana itu makna ‘nafsiyah’ tersebut tidak akan keluar daripada makna nafsu itu sendiri . Iaitu , Cara yang digunakan oleh seseorang untuk memenuhi dorongan( dawafi ‘ ) yang lahir dari Keperluan Jasmani dan Naluri-nya berdasarkan standard tertentu . Dengan demikian ,nafsiyah-lah yang menjadikan manusia terdorong melakukan perbuatan atau meninggalkannya .
Dorongan (dawafi) untuk memenuhi keperluan jasmani dan naluri tersebut dimiliki oleh manusia dan haiwan.Sedangkan kecenderungan (muyul) hanya dimiliki oleh manusia sahaja . Haiwan tidak memilikinya . sebab muyul merupakan dorongan yang lahir daripada keperluan jasmani dan naluri yang telah diikat dengan mahfum tertentu . Sedangkan haiwan tidak mempunyai mahfum , sebab haiwan tidak mempunyai akal!!
Oleh kerana itu ,haiwan tidak mempunyai muyul (kecenderungan).
Dengan demikian , muyul (kecenderungan) kedudukannya lebih tinggi dibanding dengan dawafi’ (Dorongan). Apabila dawafi’ seseorang yang lahir daripada keperluan jasmani dan nalurinya yang tidak diikat dengan mahfum tertentu , maka dawafi’ tersebut tidak dipenuhi oleh orang tersebut dengan mahfum-nya, yang terbit dari aqidahnya !,akan tetapi dipenuhi dengan hawa nafsunya !! . Oleh kerana itu mestilah ada suatu standard , baik yang berkenaan perbuatan maupun benda , yang dipergunakan untuk memenuhi dawafi’ tersebut .
Apabila mahfum seseorang terbit dari aqidahnya ,(sedangkan muyul dengan mahfumlah yang membentuk nafsiyah orang tersebut) maka perbezaan aqidah pastinya akan menyebabkan perbezaan nafsiyah seseorang dengan seseorang yang lain!
Bila mahfum-nya terbit dari aqidah Islam , maka nafsiyahnya adalah nafsiyah Islam. Apabila yang membentuk mahfum tersebut adalah aqidah Kapitalisme , maka nafsiyahnya pun berupa nafsiyah Kapitalisme . Dan apabila yang membentuk mahfum tersebut adalah terbit dari aqidah Sosialisme , maka nafsiyahnya pun berupa nafsiyah Sosialisme . Begitu pula apabila mahfum yang dimiliki oleh seseorang timbul dari aqidah yang bermacam-macam , maka nafsiyahnya akan berupa nafsiyah yang bermacam-macam , atau lebih tepat disebut nafsiyah yang kacau-bilau .
Inilah hakikat mahfum seseorang.Maka ,ketika arak belum diharamkan , orang h Islam ketika itu terdorong untuk meminumnya , sebab mahfum mereka menyatakan mubah (harus) . Namun apabila Allah SWT menurunkan ayat yang melarang arak .;

“Sesungguhnya syaitan itu ingin menciptakan permusuhan dan kebencian diantara kamu kerana arak (khamer) dan judi ,juga ingin memalingkan kamu dari zikir dan solat kepada Allah . Maka berhentilah kamu ,”
Surah Al –Maidah : 91

Mereka mengatakan ,” ( apabila kami mendengar ayat ini), kami seketika itu juga menghentikannya .”Setelah itu mereka membuang arak yang mereka yang mereka miliki dijalan-jalan di Madinah dan mereka tidak mahu meminum khamer lagi .Dengan demikian nampaklah bahawa perubahan mahfum tentang khamer ,telah menjadikan Muyul mereka kepada khamer berubah .Dan muyul baru yang merupakan hasil daripada standarisasi dawafi’ dengan mahfum Islam bahawa khamer hukumnya haram , itulah yang membentuk nafsiyah mereka yang baru .
Mahfum Islam juga telah berjaya mengubah muyul bangsa arab secara radikal dan fundamental .Kisah dua bersaudara ,dimana salah satu dari mereka telah memeluk Islam ,sedangkan yang seorang lagi masih tetap kufur membuktikan kenyataan ini.Ia adalah kisah Muhayishah bin Mas’ud dan Huwayishah bi mas’ud .
Muhayishah telah memeluk Islam sedangkan Huwayishah belum .Apabila Baginda Rasullullah saw memerintahkan kepada Muhayishah untuk membunuh Ka’ab bin Yahuza ,iaitu salah seorang pemimpin bani Quraizah , maka beliau pun membunuhnya .Setelah itu saudaranya yang kafir itu (yakni Huwayishah) mendatanginya sambil berkata : “Apakah kamu sanggup membunuh Ka’ab bin Yahuza . Demi Tuhan ,apa yang kamu makan itu berasal daripada hartanya . “
Lalu Muhayishah menjawab “ Saya telah diperintahkan oleh orang yang jika dia memerintahkan saya membunuh kamu pun , pasti kamu akan saya bunuh .” Huwayishah kemudian berkata : “ Demi Allah ,agama yang sampai kepada kamu ini memang menakjubkan”. Setelah itu Huwayishah pun memeluk Islam.
Nafsiyah saudara kandung muslim yang telah mengikat dawafi’–nya dengan mahfum yang dimilikinya itulah yang menjadikan muyul-nya mengikut kepada hukum syara’, dan bukannya kepada naluri atau hawa nafsunya . Sehingga dia sanggup menyatakan kepada saudaranya yang kafir : “Saya telah diperintahkan oleh orang yang jika dia memerintahkan saya membunuh kamu pun , pasti kamu akan saya bunuh.”
Inilah nafsiyah yang benar , yang kemudian mendorong saudaranya yang kafir tersebut pada Islam, yang akhirnya pun masuk Islam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Free Web Hosting